‘Mana wang saya?’- Juara Squid Game menang RM21.26 juta tapi duit tak masuk akaun dah 10 bulan

Photo of author

By Joe

‘Mana wang saya?’- Juara Squid Game menang RM21.26 juta tapi duit tak masuk akaun dah 10 bulan. Biarpun telah 10 bulan berlalu, juara program realiti televisyen yang diidaptasi daripada karya drama bersiri popular Korea Selatan, Squid Game : The Challenge, Mai Whelan, mendedahkan masih belum menerima wang kemenangannya.

Menurut Mai yang berusia 55 tahun, wang kemenangan berjumlah AS$4.56 juta (RM21.26 juta) itu masih belum dimasukkan ke dalam akaun banknya meskipun menerusi episod terakhir yang ditayangkan di Netflix menunjukkan produksi rancangan telah selesai berbuat demikian.
Kata Mai, apa yang ditayangkan di televisyen itu sekadar drama atau gimik daripada pihak produksi.

'Mana wang saya?'- Juara Squid Game menang RM21.26 juta tapi duit tak masuk akaun dah 10 bulan

“Sewaktu memenangi pertandingan realiti itu, saya rasa seolah-olah diri ini bagaikan Tom Cruise dalam filem Jerry Mcguire. Sekarang, mana semua wang saya?”katanya kepada media antarabangsa baru-baru ini.

Jelas Mai, dia telah merancang untuk menggunakan wang kemenangan tersebut untuk membeli sebuah kediaman yang selesa selain membuat sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Katanya, ia termasuk membantu badan kebajikan haiwan liar dan badan perubahan iklim.

'Mana wang saya?'- Juara Squid Game menang RM21.26 juta tapi duit tak masuk akaun dah 10 bulan

Menerusi program Squid Game : The Challenge, Mai yang memegang nombor 287 berjaya mengenepikan 455 peserta lain dan menjadi juara pertama program berkenaan yang telah tamat penggambarannya pada Februari lalu.

Dalam pada itu, menurut sumber, pemenang pertandingan realiti telah dimaklumkan bahawa wang kemenangan mereka hanya akan dimasukkan ke akaun setelah episod terakhir program selesai ditayangkan mengikut jadual di kaca televisyen.

Baca Lagi:
Jutawan jatuh miskin kerana salah langkah, tak kisah dihina jual sosej tepi jalan, janji dapat selesaikan hutang
Pengasas pencetak Harakah masuk ICU, PAS digesa bayar hutang RM656,233.69 segera
Ini sebab kenapa daun ketum Malaysia dah tak laku di Thailand