Mamat Sepah akhirnya buka mulut selepas bebas reman isu sebar maklumat dalaman Polis

Mamat Sepah akhirnya buka mulut selepas bebas reman isu sebar maklumat dalaman Polis

Mamat Sepah akhirnya buka mulut selepas bebas reman isu sebar maklumat dalaman Polis. Berita sensasi minggu ini melaporkan seorang pelawak telah ditahan oleh polis kerana menyebarkan maklumat dalaman yang berkaitan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam melalui aplikasi Telegram.

Ramai yang membuat spekulasi dan mengaitkan nama Mamat Sepah dengan berita tersebut. Malah, pelawak dan usahawan Shuib turut berkongsi bahawa dia sangat kenal dengan pelawak yang ditahan itu.

Mamat Sepah kemudiannya mengakui bahawa dia dan isterinya adalah individu yang dimaksudkan dalam berita tersebut. Mamat dan isterinya telah dibebaskan dengan jaminan polis dan menyatakan bahawa mereka telah dilayan dengan baik sepanjang tempoh siasatan.

Mamat Sepah akhirnya buka mulut selepas bebas reman isu sebar maklumat dalaman Polis

“Ya memang saya yang ditahan reman berhubung kes tular beberapa hari sebelum ini.
“Alhamdulillah keadaan saya macam biasa saja lagipun ia masih dalam peringkat siasatan, malah saya berikan kerjasama penuh kepada pihak polis, tiada timbul sebarang isu atau masalah lain,” katanya.

Difahamkan, Mamat dan isterinya telah ditahan pada Isnin lepas. Bagaimanapun, isteri Mamat telah dibebaskan dua hari selepas ditahan, manakala pelawak itu sendiri dibebaskan pada petang Khamis.

Mamat enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan yang mengaitkannya dengan penyebaran maklumat tersebut.

“Untuk perkara itu, saya rasa lebih baik pihak peguam saya yang bercakap kerana ia melibatkan undang-undang,” katanya.

Mamat dan isterinya, yang merupakan seorang polis, sedang disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Baca Lagi:
Melayu mendunia! Lelaki ini kongsi rumah ala Melayu ada di bumi Australia
“Uish betul-betul jadi”- 5 ramalan jurutera dari tahun 1900 tentang masa depan akhirnya terbukti
Elak daripada kena tipu, ini 8 tips pilih durian yang ramai orang tak tahu
CATEGORIES