Malu terlanjur dengan pasangan, gadis simpan 7 janin dalam kotak gabus

ed3413f3 75b6 4197 9747 01c694324a76 e1654791283740

Malu terlanjur dengan pasangan, gadis simpan 7 janin dalam kotak gabus.

Jiwa anak muda yang mudah bergelora terkadang membuatkan mereka terperangkap dek nafsu sendiri. Di luar sana, begitu ramai couple yang sudah terlanjur hasil hubungan badan haram hingga melahirkan anak luar nikah. Lebih menyayat hati, ada yang terpaksa menggugurkan janin sendiri kerana buntu jika hal terbabit diketahui pihak keluarga.

Gugurkan janin alasannya malu terlanjur dengan pasangan

Akan tetapi, apa yang dilakukan oleh satu pasangan ini memang cukup mengejutkan ramai. Sudah berkali-kali terlanjur sejak menjalinkan hubungan dari 10 tahun lalu, seorang gadis disahkan mengandung anak luar nikah kemudian nekad menggugurkan kandungan sendiri lantaran merasa malu.

“Pengguguran bayi sudah dilakukan sejak tahun 2012. Tempat dia gugurkan bayi pun berbeza-beza” – Polis

Malu terlanjur dengan pasangan, gadis simpan 7 janin dalam kotak gabus

Tuan rumah curiga hidu bau busuk seakan-akan belacan

Dengan meminum air ramuan khas, bayinya lahir secara paksa (sekitar usia kandungan 5 bulan) kemudian disimpan ke dalam kotak gabus. Awalnya, gadis ini dilaporkan telah berpindah kerana tidak mampu melunaskan bayaran sewa. 6 bulan kemudian, tuan rumah datang bagi mengemas kediaman tersebut sebelum menghidu bau busuk seakan-akan belacan.

“Budak perempuan tu tinggalkan rumah sewa sejak Disember 2021. Apabila saya periksa kotak gabus itu, ada mangkuk tingkat berisi nasi dan telur yang sudah busuk. Saya terus buang. Namun bila periksa kotak-kotak lain, saya meremang jumpa kotak berisi tanah serta penampakan rambut” – Tuan Rumah

Malu terlanjur dengan pasangan, gadis simpan 7 janin dalam kotak gabus

Malu terlanjur dengan pasangan, gadis simpan 7 janin dalam kotak gabus
Gambar hiasan

Siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui motif kejadian

Hasil autopsi pihak medik berjaya mengesahkan objek yang ditemukan dalam salah satu kotak kabus merupakan tulang belulang 7 janin berbeza. Tangkapan sudah pun dibuat, kini pihak polis giat menyoal siasat suspek utama bagi mengetahui motif di sebalik jenayah penyimpanan bayi-bayi tidak berdosa ini.

Malu terlanjur dengan pasangan, gadis simpan 7 janin dalam kotak gabus

Baca Lagi:

Persoalan angkat tangan ketika doa khutbah Jumaat, perlu angkat tangan atau tak?

Kantoi! Suami buat perbuatan terkutuk dengan perempuan lain di rumah sendiri semasa isteri bekerja

Anggota Rela terakam pontianak, suara mengilai di terowong baru siap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *