Malaysia tersenarai dalam 7 bencana kapal terbang paling maut di dunia

Photo of author

By Joe

Malaysia tersenarai dalam 7 bencana kapal terbang paling maut di dunia. Menaiki kapal terbang boleh dikatakan sebagai salah satu bentuk pengangkutan yang paling selamat di dunia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tragedi penerbangan yang menyebabkan kematian ramai orang, sehingga memaksa pihak berkuasa untuk mengkaji semula keselamatan dalam penerbangan.

Dari pelanggaran di udara hingga kejadian kebakaran di dalam pesawat, di bawah ini adalah senarai beberapa tragedi penerbangan yang paling mematikan di dunia dan telah mengubah landskap keselamatan penerbangan. Mari kita lihat:

Malaysia tersenarai dalam 7 bencana kapal terbang paling maut di dunia

1. Kemalangan pesawat di Nepal

Malaysia tersenarai dalam 7 bencana kapal terbang paling maut di dunia

Pesawat ATR 72 yang dioperasikan oleh syarikat swasta Yeti Airlines telah mengalami kemalangan terhempas sebelum mendarat di bandar Pokhara pada 15 Januari 2023, menjadi salah satu tragedi penerbangan terburuk yang pernah berlaku di Nepal.

Kemalangan ini telah mengakibatkan kematian semua penumpang di dalam penerbangan tersebut, termasuk 72 orang termasuk dua bayi, empat kru, dan 15 pelancong asing.

Menurut laporan penyiasatan yang dikeluarkan selepas kejadian, tragedi ini disebabkan oleh kesilapan juruterbang yang salah memotong kuasa, mengakibatkan gangguan dalam aerodinamik pesawat.

2. Tragedi MH17

Malaysia tersenarai dalam 7 bencana kapal terbang paling maut di dunia

Pesawat Malaysia Airlines MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 di Ukraine, mengakibatkan kematian semua 298 penumpang.

Pada tahun 2022, mahkamah Belanda telah menghukum tiga lelaki kerana bertanggungjawab dalam pembunuhan semua penumpang tersebut. Igor Girkin, Sergey Dubinsky dari Rusia, dan Leonid Kharchenko dari Ukraine dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

3. Tragedi Pesawat India 182

Malaysia tersenarai dalam 7 bencana kapal terbang paling maut di dunia

Pesawat Air India 182 yang membawa penumpang dari Montreal-London-Delhi-Bombay pada 23 Jun 1985 telah hancur berkecai di Lautan Atlantik selepas meletup ketika di udara ekoran bom yang diletakkan oleh pengganas Sikh Kanada.

Letupan ini telah membunuh kesemua 329 penumpang di dalam pesawat tersebut termasuk 286 rakyat Kanada, 27 rakyat British dan 24 rakyat India.

Pengeboman kapal terbang Air India 182 ini merupakan serangan pengganas paling teruk pernah berlaku dalam sejarah Kanada dan pelakunya dipercayai merupakan seorang rakyat Bristih-Kanada Inderjit Singt Reyat dan seorang Singh Kanada, Talwinder Singh Palmer yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Babbar Khalsa.

4. Pesawat Air France 447

Malaysia tersenarai dalam 7 bencana kapal terbang paling maut di dunia

Pesawat Air France 447 dijadualkan membawa penumpang dari Rio de Janeiro ke Paris pada 1 Jun 2009. Penunjuk kelajuan udara yang tidak konsisten dan salah faham ketika berkomunikasi telah menyebabkan juruterbang telah hilang kawalan dan terhempas ke dalam lautan pasifik dan membunuh kesemua 228 penumpang dan kru.

Tentera laut Brazil telah menemui bangkai pesawat pertama dan dua mayat selepas insiden tersebut dan hanya menemui rakaman pesawat dua tahun selepas insiden berlaku.

5. Tragedi Lapangan Terbang Tenerife

Malaysia tersenarai dalam 7 bencana kapal terbang paling maut di dunia

Tragedi Lapangan Terbang Tenerife merupakan insiden yang paling memakan banyak nyawa dalam sejarah penerbangan. Ia berlaku apabila dua pesawat jenis 747, iaitu KLM dan PanAm, bertembung antara satu sama lain di landasan lapangan terbang Tenerife.

Sebenarnya, kedua-dua pesawat ini sepatutnya tidak berada di sana, tetapi kehadiran mereka di lapangan terbang tersebut disebabkan oleh aktiviti pengganas di lapangan terbang asal.

Keadaan kabut yang tebal, masalah dengan komunikasi, dan kekeliruan di antara juruterbang dan pusat kawalan menyebabkan KLM mengambil keputusan untuk berlepas tanpa kelulusan, sementara Pan Am masih berada di landasan dalam keadaan keliru kerana juruterbang tidak dapat membaca papan tanda di dalam kabut.

Kesilapan-kesilapan ini mengakibatkan peristiwa domino dan bertembung antara kedua-dua pesawat, mengakibatkan kematian kesemua penumpang di dalam KLM dan Pan Am, iaitu seramai 578 orang. Tragedi ini menjadikan insiden penerbangan dengan jumlah kematian paling banyak dalam sejarah.

6. Kejadian MH370

Malaysia tersenarai dalam 7 bencana kapal terbang paling maut di dunia

Malaysia Airlines 370 yang membawa seramai 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing secara tiba-tiba telah hilang dari radar pada 8 Mac 2014. Sehingga hari ini, kehilangan kapal terbang masih menjadi misteri dan menyebabkan banyak teori tentang apa yang berlaku tular di media sosial.

Komunikasi terakhir pesawat ini dengan menara kawalan trafik adalah 38 minit selepas perlepasan ketika ia berada di atas Laut Cina Selatan. Melalui sistem radar utama tentera Malaysia, dapat dilihat pesawat ini telah menukar arah dari laluan sebenar.

Pencarian kapal terbang ini juga telah menjadi pencarian termahal dalam sejarah penerbangan di mana fokus pencarian dibuat di Laut Cina Selatan dan Lautan Andaman.

7. Pelanggaran udara Charkhi Dadri 1996

Malaysia tersenarai dalam 7 bencana kapal terbang paling maut di dunia

Pada 12 November 1996, Saudia Flight 762 yang dalam perjalanan dari Dekhi, India ke Dhahran, Arab Saudi dan pesawat Kazakhstan Airlines 1907 yang dalam perjalanan dari Chimkent, Kazakhstan ke Delhi bertembung di udara di atas bandar Charkhi Dadri.

Kemalangan ini mengakibatkan kematian semua 349 penumpang di kedua-dua penerbangan tersebut dan merupakan pertembungan udara yang paling maut dalam sejarah India.

Menurut laporan siasatan, punca kemalangan ini adalah disebabkan oleh kegagalan kru Kazakhstan untuk mengekalkan altitud yang betul. Selain itu, faktor lain termasuk kurangnya kefasihan dalam berbahasa Inggeris di dalam kokpit Kazakhstan telah menyebabkan salah faham terhadap arahan yang diberikan oleh pusat kawalan udara.

Baca Lagi:
Niat nak buat tatu bunga di tangan, lelaki kena liwat dengan pelukis tatu
Rupanya ini punca kenapa semut suka bersarang dalam soket suis
“Mak aku umur 70 tahun masih lagi cuba mahu curang, hampir seumur hidup dia derhaka dengan ayah”