Malaysia pun dah panas, ada lagi tempat paling panas di dunia yang ramai orang tak tahu. Bumi adalah tempat tinggal yang aman dan selamat untuk semua makhluk hidup yang menghuni permukaannya.
Namun, kebelakangan ini, kita semakin sering menghadapi cabaran besar akibat cuaca panas dan bahang yang melampau.
Fenomena ini bukan sahaja mempengaruhi keselesaan hidup, tetapi juga menimbulkan banyak masalah kesihatan yang serius.
Bumi adalah tempat tinggal yang aman dan selamat untuk semua makhluk hidup yang menghuni permukaannya. Namun, kebelakangan ini, kita semakin sering menghadapi cabaran besar akibat cuaca panas dan bahang yang melampau.
Keadaan ini bukan sahaja mengancam keselesaan hidup tetapi juga menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang serius. Selain itu, terdapat juga laporan tentang sungai-sungai yang ‘kering kontang’ di beberapa tempat, yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warga dunia. Situasi ini mengancam ekosistem tempatan dan sumber air yang merupakan keperluan asas bagi kehidupan manusia.
Walaupun keadaan cuaca ini membimbangkan, sebagai penduduk Malaysia, kita seharusnya bersyukur kerana terdapat beberapa tempat di dunia yang jauh lebih panas jika dibandingkan dengan cuaca di negara kita. Pernahkah anda terfikir di manakah tempat paling panas di planet ini? Berikut adalah senarai 10 tempat terpanas di dunia berdasarkan suhu tertinggi yang pernah dicatatkan:
1.Furnace Creek, Death Valley (USA): 56.7°C (134°F)
Tempat paling panas di bumi ialah Furnace Creek di Death Valley, California, di mana suhu 56.7°C (134°F) dicatatkan pada 10 Julai 1913. Pada bulan-bulan musim panas, Death Valley mempunyai suhu purata harian 45°C (113°F), dan suhu permukaan boleh mencapai 93.9°C (201°F).
2. Kebili (Tunisia): 55°C (131°F)
Suhu tertinggi yang pernah dicatatkan di Afrika adalah 55°C (131°F) di Kebili, Tunisia, pada 7 Julai 1931. Kebili juga terkenal sebagai salah satu tempat paling awal manusia mendiami Tunisia, sekitar 200,000 tahun lalu.
3. Ahvaz (Iran): 54°C (129.2°F)
Suhu tertinggi di Asia dicatatkan di Ahvaz, Iran, pada 29 Jun 2017. Ahvaz, ibu kota wilayah Khuzestan, mempunyai populasi sekitar 1.3 juta orang.
4. Tirat Tsvi (Israel): 54°C (129°F)
Pada 21 Jun 1942, Tirat Tsvi di Israel mencatatkan suhu tertinggi 54°C (129°F), yang merupakan suhu tertinggi yang dicatatkan di benua Eropah.
5. Mitribah (Kuwait): 53.9°C (129°F)
Suhu 53.9°C (129°F) dicatatkan di stesen cuaca Mitribah, Kuwait pada 21 Julai 2016, dan ini merupakan suhu tertinggi yang disahkan di Asia.
6. Basra (Iraq): 53.9°C (129°F)
Basra, Iraq, mencatatkan suhu 53.9°C (129°F) pada 22 Julai 2016, sama seperti suhu yang dicatatkan di Kuwait sehari sebelumnya.
7. Turbat (Pakistan): 53.7°C (128.7°F)
Suhu ketujuh tertinggi dicatatkan di Turbat, Pakistan pada 28 Mei 2017, dengan suhu 53.7°C (128.7°F).
8. Al Jazeera Border Gate (UAE): 52.1°C (125.8°F)
Suhu 52.1°C (125.8°F) dicatatkan di Pintu Sempadan Al Jazeera, UAE, pada Julai 2002, dan suhu ini biasanya hanya bertahan selama 15 minit.
9. Mexicali (Mexico): 52°C (125.6°F)
Suhu 52°C (125.6°F) dicatatkan di lembah Mexicali, Mexico, pada 28 Julai 1995, menjadikannya suhu kesembilan tertinggi di Bumi.
10. Jeddah (Saudi Arabia): 52°C (125.6°F)
Suhu 52°C (125.6°F) dicatatkan di Jeddah, Arab Saudi, pada 22 Jun 2010, merupakan suhu tertinggi bagi rantau tersebut.
Dengan mengetahui suhu tertinggi di tempat-tempat ini, kita dapat lebih menghargai kesejukan dan keselesaan yang kita nikmati di Malaysia.