Malaysia negara paling rendah tawar gaji di Asia Tenggara

Malaysia negara paling rendah tawar gaji di Asia Tenggara

Tidak sangka, Malaysia ‘tewas’ juga kepada beberapa buah negara lain biarpun kita dianggap lebih maju ke hadapan.

Malaysia negara paling rendah tawar gaji di Asia Tenggara. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) iaitu Datuk Abdul Halim Mansor telah menyifatkan peratusan bayaran gaji di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau Asia Tenggara walaupun rata-rata majikan berkemampuan untuk membayar lebih daripada gaji minimum RM1,200.

Bercakap kepada rakan media di Utusan Malaysia pada bulan ini, beliau berpendapat alasan ‘bukan masa sesuai untuk menaikkan gaji minimum pekerja kerana pandemik COVID-19 dan kesukaran ekonomi’ bukanlah alasan yang boleh diterima pakai.

Mengikut kajian, majikan di Malaysia hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji pekerja sedangkan negara lain jauh melangkaui peratusan itu. Sebagai contoh, di bandar utama di negara Singapura (40 peratus), Indonesi (84 peratus) dan Filipina (76 peratus).

Malaysia negara paling rendah tawar gaji di Asia Tenggara

Gambar hiasan

Di sektor awam pula, kerajaan mendahulukan pelbagai jenis bantuan lain yang bernilai berbilion Ringgit sepanjang tempoh pandemik tetapi tidak pula memikirkan tentang kenaikan gaji minimum pekerja sekurang-kurangnya ke figura RM1,500.

(Lapor BERNAMA baru-baru ini: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam atau CUEPACS pula mencadangkan agar gaji minimum baru diletakkan pada paras RM1,800 untuk sektor awam)

Nampaknya bukan hanya kerajaan yang tidak menyahut keinginan rakyat untuk menerima gaji minimum RM1,500. Malah, Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan pakar ekonomi juga rata-rata tidak bersetuju dengan sahutan menaikkan gaji minimum kepada RM1,500. Ini setelah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan memberi jaminan gaji minimum baharu akan dikuatkuasakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Tidakkah dengan meningkatkan gaji turut akan meningkatkan kuasa beli di kalangan rakyat; lantas membantu menaikkan ekonomi negara?

Sedangkan gaji rendah akan membuka ruang untuk rakyat berhutang dan demi melangsaikannya, sesetengah daripada kita terpaksa mencari kerja sampingan sebagai pemandu kenderaan e-hailing, berniaga di atas talian dan sebagainya.

Malaysia negara paling rendah tawar gaji di Asia Tenggara

Gambar hiasan

Tambahan pula dengan pengeluaran wang KWSP dalam kalangan rakyat semasa musim pandemik demi menanggung kehidupan selepas sesetengah daripada kita kehilangan pekerjaan; tidakkah rakyat layak untuk mendapat sedikit keprihatinan daripada pihak majikan dan kerajaan.

Jangan pula sehingga golongan muda memilih untuk bermastautin ke luar negara seperti yang berlaku di beberapa buah negara membangun lain demi gaji setimpal; sehinggakan negara terpaksa bergantung harap kepada pekerja asing semata-mata.

Bak kata Datuk Abdul Halim Mansor, kenaikan gaji minimum ini bukan satu permintaan tetapi adalah satu keperluan.

 

Baca lagi: 

Kapal Kargo tenggelam bawa 4,000 kereta mewah bernilai RM1.8 Bilion

Putera Mahkota Arab Saudi anggap Israel bukan musuh tetapi bakal sekutu

Guru pondok dibunuh, gara-gara rampas telefon pelajar umur 15 tahun

 

CATEGORIES
TAGS