‘Malaysia helwah’- Terpancar kegembiraan di wajah anak Palestin bila melihat Malaysia. “Malaysia helwah.” Itulah ungkapan rasa teruja yang dilontarkan oleh seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai rakyat Palestin ketika melihat dari tingkap sebuah pesawat.
Video tersebut telah tular di media sosial sejak semalam, namun tiada maklumat lanjut mengenai hal itu.
Dalam video tersebut, orang ramai mendakwa kanak-kanak lelaki itu berasal dari Palestin, antara penduduk negara bergolak yang dibawa ke Malaysia semalam untuk menjalani rawatan perubatan.
Kanak-kanak lelaki yang memakai t-shirt putih itu kelihatan melontarkan ayat “Malaysia helwah” sambil tersenyum gembira. Perkataan “helwah” dipercayai membawa maksud manis, cantik, dan indah.
Video itu menunjukkan kegembiraan kanak-kanak tersebut yang jelas terpancar pada wajahnya apabila berjaya tiba di negara ini, dan ia meruntun hati netizen yang turut berterima kasih kepada kerajaan serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang melaksanakan misi murni ini.
Di ruangan komen, orang ramai mengalu-alukan kedatangan penduduk Palestin untuk mendapatkan bantuan perubatan dan mengakui terharu dengan usaha kerajaan.
Pengguna TikTok @Pablo berkata, malam ini adalah malam pertama kumpulan terbabit merasai ketenangan tanpa bedilan bom dan serangan tentera Zionis, serta berasa aman dan dapat tidur nyenyak meskipun hanya sementara.
Ayien pula menjelaskan bahawa maksud “helwah” adalah manis, cantik, dan indah, dan ini turut mendapat maklum balas daripada @weee yang mengatakan kanak-kanak itu mungkin berkata sedemikian kerana keindahan Malaysia tanpa peperangan.
@POCK@1627 menulis, “Masya Allah, betapa gembiranya anak Palestin dapat datang ke Malaysia. Kita boleh lihat raut wajahnya. Terima kasih PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kabinet Menteri Malaysia yang bertungkus-lumus membawa rakyat Palestin ke Malaysia.”
Sementara itu, @Daddywan50 berkata, “Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak Palestin ini apabila melihat tanah air Malaysia. ‘Helwah’ bermaksud cantik,” tulisnya.
@nurasrar turut menulis bahawa dia berbangga menjadi rakyat Malaysia dan berterima kasih kepada wira negara.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa dua pesawat TUDM yang diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir, untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang petang semalam.
Jumlah rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia ialah 127 orang, terdiri daripada 41 pesakit dan diiringi oleh 86 waris.
Pada 4 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia untuk menerima rawatan.
@05sisnizaloveSimpan disini.. ALLAHHU AKBAR Syukur Alhamdulillah.. HASBUNALLAH WANI’MAL WAKIL NI’MAL MAULA WANI’MAN NASIR♬ bunyi asal – SisNizaLovingShop