Malaysia disifatkan tersilap langkah dalam pemberian subsidi kepada rakyat – Menteri

Malaysia disifatkan tersilap langkah dalam pemberian subsidi kepada rakyat – Menteri

Malaysia disifatkan tersilap langkah dalam pemberian subsidi kepada rakyat – Menteri. Malaysia disifatkan tersilap langkah dalam pemberian subsidi kepada rakyat yang turut dinikmati golongan kaya, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurutnya, perkara yang telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya kini sedang diperbetulkan oleh Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebagai kerajaan bertanggungjawab maka kesilapan dasar ini perlu diperbetulkan,” katanya menerusi sidang akhbar sempena majlis pelancaran Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS) di Kompleks Kementerian Kewangan, dekat sini pada Jumaat.

Malaysia disifatkan tersilap langkah dalam pemberian subsidi kepada rakyat - Menteri

Beliau berkata, adalah tidak adil sekiranya golongan kaya T20 menikmati subsidi yang lebih banyak berbanding rakyat miskin.

“Selama ini mereka yang memiliki lebih banyak penyaman udara dan kereta di rumah menikmati banyak subsidi sedangkan golongan miskin tiada penyaman udara serta memiliki motosikal kecil hanya terima sedikit,” katanya.

Ahmad berkata demikian mengulas mengenai tindakan kerajaan menarik subsidi dinikmati T20.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan mengenai subsidi secara bersasar akan dijalankan secara berperingkat bagi memastikan tiada kesan kejutan terhadap T20.

“Semalam, jawapan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad di Dewan Rakyat bahawa penjimatan subsidi elektrik yang dilakukan secara bersasar dari 1 Januari hingga Jun adalah RM5.6 bilion, dengan sebanyak itu bermacam perkara kita boleh laksanakan untuk rakyat.

“Itu baharu elektrik, belum lagi RON 95, RON 95 kita akan mulakan tahun depan sebab kita hendak buat peringkat demi peringkat kerana tidak mahu T20 ini terkejut dengan segala yang ditarik sana sini,” ujarnya.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan berpendapatan tinggi atau T20 tidak akan lagi menerima sebarang subsidi sama ada untuk penggunaan elektrik atau menunaikan ibadah haji.

Baca Lagi:
Netizen terkejut pekerja bangla ini dedah cara macam mana dia boleh simpan duit hampir RM1 juta semasa kerja di Malaysia
Automatik bolah jadi kaya siapa masih simpan duit kertas RM1 lama
Hanya jual kerbau gergasi bernilai RM6.5 juta, lelaki ini auto jadi jutawan
CATEGORIES