Malaysia dinobatkan sebagai negara terbaik untuk warga asing

Photo of author

By Joe

Malaysia dinobatkan sebagai negara terbaik untuk warga asing. Malaysia dinobatkan sebagai salah satu negara terbaik untuk ekspatriat atau warga asing di seluruh dunia.

Menurut laporan InterNations’ Expat Insider 2024, Malaysia berada di kedudukan ke-22 dalam senarai negara terbaik di dunia untuk didiami oleh ekspatriat, mengatasi negara jiran, Singapura yang hanya menduduki tempat ke-30.

Selain Malaysia, beberapa negara Asia Tenggara lain turut tersenarai dalam ranking ini.

Malaysia dinobatkan sebagai negara terbaik untuk warga asing

Indonesia mencatatkan kedudukan tertinggi di tempat ke-3, diikuti Thailand di tempat ke-6, Vietnam di tempat ke-8, dan Filipina di tempat ke-9.

Menariknya, Panama menduduki tempat pertama sebagai negara terbaik secara keseluruhan pada tahun 2024, dengan lebih daripada 4 daripada 5 ekspatriat (82%) meluahkan kepuasan mereka dengan kehidupan di sana, manakala Mexico pula berada di tempat kedua.

Untuk rekod, kajian ini melibatkan pelbagai golongan ekspatriat, daripada pesara dan pekerja yang mencari peluang pekerjaan di luar negara, hingga pekerja korporat yang ditugaskan secara antarabangsa dan individu yang berpindah atas pelbagai alasan lain.

Secara keseluruhan, sebanyak 12,543 ekspatriat dari 175 kewarganegaraan yang tinggal di 174 negara dan wilayah telah mengambil bahagian dalam kajian ini.

Baca Lagi:

Lelaki diliwat dengan warga asing ketika datang minta kerja

“Gaji RM2k sebulan tapi sanggup nak beli iPhone 15 Pro Max dengan ansuran selama 5 tahun”

Terbukti memang menjadi, wanita kongsi ‘rahsia’ anak berjaya, sekarang kerja dapat gaji besar