Malang menimpa lelaki ini, sudah kena saman, polis lupa pulang kunci motor

Malang menimpa lelaki ini, sudah kena saman, polis lupa pulang kunci motor

Malang menimpa lelaki ini, sudah kena saman, polis lupa pulang kunci motor. Memang kadang-kadang kita tidak dapat melarikan diri daripada situasi malang yang menyebabkan diri sendiri berada dalam kesusahan. Baru-baru ini pula, malang menimpa lelaki ini apabila dia telah disaman oleh pihak polis namun ada sesuatu yang lucu berlaku selepas itu.

Semuanya gara-gara kunci motorsikalnya yang turut sama hilang disebabkan pihak polis tersebut terlupa untuk memulangkannya semula. Perkongsian video tersebut juga tular dengan hampir sejuta tontonan setakat ini di mana netizen turut sama berdekah menontonnya.

@mankus66 Abam polis bawak lari kunci moto #fyp #fypage ♬ bunyi asal – ManKus

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan situasi di mana dia baru sahaja menerima saman yang diberikan pihak polis. Turut kelihatan, lelaki itu yang duduk di sebelah motorsikalnya sambil membaca notis saman yang dikeluarkan.

Namun apa yang melucukan ialah lelaki itu tidak dapat pulang ke rumah selepas pihak polis itu terlupa untuk memulangkan kuncinya. Malah lelaki itu turut sama berdekah melihat situasi yang dihadapinya ini dan kelihatan buntu memikirkan jalan penyelesaiannya.

Malang menimpa lelaki ini, sudah kena saman, polis lupa pulang kunci motor

Walaupun baru sahaja disaman, reaksi lelaki itu yang masih lagi sempat tersenyum dan ketawa turut meraih pujian dari netizen. Biasanya pasti ramai yang akan berasa sedih selepas menerima dugaan seperti itu namun berbeza pula dengan lelaki tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dialaminya ini. Malah ada yang berseloroh meminta lelaki itu menghidupkan motor menggunakan niat sahaja untuk pulang ke rumah.

Baca lagi:

6 cara kurangkan sakit tekak yang boleh anda lakukan sendiri di rumah

Wanita kedua terkaya Australia mahu derma semua kekayaannya bernilai RM50 Bilion

Ukraine pelawa ibu Rusia jemput anak lelaki mereka yang ditangkap di Kyiv

 

CATEGORIES
TAGS