Maksud sebenar warna penutup botol air yang ramai tak tahu

Maksud sebenar warna penutup botol air yang ramai tak tahu

Maksud sebenar warna penutup botol air yang ramai tak tahu. Pernah tak anda terfikir disebalik maksud warna penutup botol air mineral yang anda beli? Kalau kita lihat terdapat warna penutup botol yang berbeza-beza seperti warna biru, hijau dan putih.

Untuk pengetahuan anda, setiap warna penutup botol tersebut mempunyai identiti tersendiri. Anda perlu tahu kenapa ada sesetengah air mineral dijual dengan harga yang mahal.

Ikuti perkongsian dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini.

Maksud sebenar warna penutup botol air yang ramai tak tahu

1. Penutup Botol Biru

Sumber air bawah tanah yang dipam naik dan akan menjalani proses penyulingan sebelum dibotolkan dan dilabel sebagai air mineral.

2. Penutup Botol Putih

Air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa menjadi air paip menyebabkan keaslian air itu hilang. Antara sebab air penutup putih ini dijual dengan harga yang lebih murah berbanding air mineral penutup biru.

3. Penutup Botol Hijau

Air mineral semulajadi yang diambil khas dari dalam tanah. Ia mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi.

4. Air Mineral Evian

Dijual dengan harga yang jauh lebih mahal berbanding air mineral yang lain. Air mineral ini dihasilkan daripada air mineral tulen daripada pergunungan Perancis dan diimport ke Malaysia.

Maksud sebenar warna penutup botol air yang ramai tak tahu

Pada anda yang pernah minum air jenis ini pasti rasanya berbeza. Ada yg berpendapat bahawa air Evian ini seperti air Zam-zam, rasanya sedikit masin dan payau. Ini disebabkan kandungan mineral atau garam galian yang tinggi didalamnya.

Pilihan di tangan anda dan semoga bermanfaat!

Baca Lagi:
Sejarah coklat terkenal M&M, rupanya ada maksud yang ramai tak tahu ‘keluarga penuh dengan drama’
Khas untuk orang selalu boros, ini cara simpan duit mengikut hari bulan, setahun boleh dapat RM5,767
Kelantan rekod sejarah baharu, miliki ladang durian Musang King terbesar di Malaysia, tapi sayang ‘bukan milik kita’
CATEGORIES