‘Makin teruk budak ni’- Idola penyokong PAS mahu ada isteri ‘unlimited seks oral’. TikToker kontroversi, DMA Islam, meluahkan hasrat untuk menjadi lelaki yang kuat dan mempunyai isteri yang dapat memenuhi keperluan nafsunya setiap hari tanpa had.
Perancangan Masa Depan
Perkongsian tersebut dinyatakan sendiri oleh TikToker berkenaan ketika menjelaskan perancangan dalam kehidupannya di masa akan datang.
DMA Islam meluahkan hasrat untuk menjadi lelaki kaya dan mempunyai isteri cantik.
Katanya, selain daripada mengabdikan diri kepada Tuhan, dia mahu menjadi seorang lelaki yang berkuasa dengan memiliki rumah besar, isteri yang mampu memenuhi keperluan nafsunya tanpa had setiap hari, serta mempunyai anak yang ramai.
“Aku, selain daripada mengabdikan diri kepada Tuhan, aku nak jadi kaya, ada rumah besar, ada isteri yang cantik yang boleh memberi aku layanan tanpa had setiap hari, dan aku nak jadi seorang lelaki yang berkuasa,” ujarnya.
DMA Islam meluahkan hasrat untuk menjadi lelaki yang memiliki kereta mewah dan menghantar anaknya belajar tinju.
Selain itu, dia turut menceritakan keinginannya untuk mempunyai kereta mewah, rumah yang dihiasi kolam, serta menghantar anaknya ke kelas tinju.
Perancangan-perancangan yang dinyatakan oleh DMA Islam itu dibuat secara spesifik kerana dia mahukan kehidupan yang terperinci di masa hadapan.
Makin Lama Makin Keterlaluan
Walau bagaimanapun, komen yang diterima di ruangan TikTok tersebut menunjukkan bahawa ramai merasa apa yang dinyatakan agak keterlaluan dan meminta supaya dia tidak terus berangan-angan.
Mereka juga menyedari bahawa mungkin apa yang dinyatakan sekadar sarkastik, tetapi ia boleh mempengaruhi masyarakat, terutamanya kerana tindakannya sebelum ini telah mengakibatkan dia dibuang dari universiti.
Terdahulu, DMA Islam telah dinyatakan sebagai bukan lagi pelajar Universiti Sultan Mizan (UniZA) selepas beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang bersifat tuduhan terhadap universiti awam tersebut.
Namun begitu, dia seakan tidak serik dengan apa yang telah berlaku dan terus membuat konten yang sama sekali tidak bermanfaat atau membina kepada masyarakat.