Makin ramai orang jual emas berbanding beli emas

Makin ramai orang jual emas berbanding beli emas

Makin ramai orang jual emas berbanding beli emas. Peniaga sebuah kedai emas di Pasar Siti Khadijah di sini, terpaksa mengehadkan pembelian daripada pelanggan yang ingin menjual emas di premisnya sejak sebulan lalu.

Pemilik Mah Kampong Kito, Farisha Najwa Rosli, 27, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana bilangan pelanggan di premisnya berkurangan meskipun harga emas ketika ini jatuh sehingga RM242 segram.

Menurut Farisha, apabila pe­langgan berkurangan, aliran tunai sedikit terganggu menyebabkan dia tidak mempunyai pusingan modal mencukupi.

Makin ramai orang jual emas berbanding beli emas

“Kebanyakan pelanggan yang jual semula emas perlu menunggu sehingga dua hingga tiga jam. Kita terpaksa membuat sistem giliran kerana perlu menunggu pelanggan membeli emas terlebih dahulu baru boleh membayar belian emas mereka.
“Harga semasa bagi jualan semula emas adalah RM224 segram. Ekoran kekurangan pe­langgan, perniagaan sedikit terganggu.
“Kadangkala saya terpaksa menolak daripada membeli semu­la emas meskipun harga jatuh,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Farisha memberitahu, selain menjual semula emas, kebanyakan pelanggan datang ke premis adalah untuk menukar (trade-in) barangan aksesori mereka berbanding membeli aksesori baharu.

“Paling penting dalam perniagaan emas adalah aliran tunai. Apabila kurang aliran tunai, kita tidak boleh membeli emas dan ambil stok baharu.ay

“Sejujurnya, pelanggan memang kurang membeli emas meskipun harga jatuh. Jika lihat ramai pelanggan di Kota Bharu, mereka sebenarnya menjual semula, bukannya beli emas baharu,” katanya.

Baca Lagi:
Duit banyak simpan dalam stor, terpaksa panggil sekampung bantu tolong kirakan
Misteri kanak-kanak bergambar dengan wang berjuta-juta dalam bilik
Ini punca sebenar Brazil kalah lawan Croatia
CATEGORIES