“Makin ramai la lepas ini orang Melayu cari amoi nak kahwin”. Seorang wanita berbangsa Cina menjadi viral di media sosial kerana berkeinginan untuk memilih lelaki yang berpendapatan rendah sahaja sebagai calon suaminya.
Melalui perkongsian video di laman TikTok milik akaun Yoofriend, wanita tersebut menyatakan bahawa dia akan memilih suami yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM2,000 hingga RM3,000.
Katanya, dia membuat pilihan seperti itu kerana memahami bahawa kebanyakan lelaki tidak mempunyai gaji yang tinggi.
“Saya faham bahawa tidak mudah bagi lelaki untuk memiliki pendapatan yang banyak, jadi saya boleh membantunya sehingga dia mempunyai pendapatan yang stabil,” katanya.
Tinjauan di ruangan komen video tersebut menunjukkan bahawa ramai pengguna, terutama golongan lelaki, memberikan pujian kepada wanita tersebut.
“Betul-betul bijak ‘amoi’ ini,” kata Ridzxan.
“Pilih ‘amoi’ macam ni lepas ni,” kata Mohamad Yazid.
“‘Amoi’ ni jujur jika dibandingkan dengan gadis kita yang nak gaji RM6,000 hingga RM7,000 sebulan ditambah dengan Honda dan iPhone 15,” kata Adyputra Ipoh.
Perkongsian video tersebut telah menjadi viral di TikTok dengan mendapat 577,900 tontonan dan 52,400 tanda suka.
@yoofriends Lepasni cari amoi je la š„¹ #cinabukit #gaji #expectedsalary #amoi ā¬ original sound – Yoofriend