Makin ramai ‘install’ semula MySejahtera setelah hampir setahun ‘delete’

Photo of author

By Joe

Makin ramai ‘install’ semula MySejahtera setelah hampir setahun ‘delete’. Orang ramai dilihat kembali memuat turun aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing ekoran jangkitan kes Covid-19 kembali meningkat sejak beberapa minggu lalu.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, rata-rata pengguna yang sebelum ini sudah memadamkan aplikasi tersebut, namun terpaksa menggunakannya semula bagi mengetahui perkembangan terkini berkaitan kes Covid-19 termasuk mengemaskini status kesihatan.

Seorang pengguna Facebook, Ayuni Najhan berkata, dia telah memuat turun semula MySejahtera minggu lalu selepas disahkan positif Covid-19.

Makin ramai 'install' semula MySejahtera setelah hampir setahun 'delete'

“Hampir setahun dah ‘delete’ (padam) MySejahtera dalam telefon, nampaknya kena guna semula. Minggu lepas demam saja-saja buat ‘Covid-19 test’, nampaknya ‘double line’ (positif Covid-19). Jaga-jaga semua, pakai pelitup muka, jaga kebersihan, elak pergi tempat ramai. Virus semakin menular,” pesannya dalam hantaran dimuat naik di Facebook semalam.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Idris Jang memaklumkan dia dan isteri sekali lagi dijangkiti Covid-19 buat kali keempat.

“Buat naya…kali keempat kena lagi Covid-19, habis cucuk vaksin dah badan ini, tumbang juga. MySejahtera kena ‘on’ (muat turun) semula.
“Penangan pergi majlis kenduri minggu lepas, dah jadi kluster kenduri kahwin. Setakat hari ini, aku okey gejala tak teruk sangat, isteri aku la sampai lembek badan,” katanya dalam hantaran hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Radzi Abu Hassan berkata walaupun kes Covid-19 sudah melepasi 12,000, namun keadaan dalam negara masih terkawal dan kemudahan penjagaan kesihatan beroperasi dalam kapasitinya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan menjangkakan peningkatan kes Covid-19 akan bertambah selepas sambutan Krismas dan Tahun Baharu, selain disebabkan cuti sekolah yang bermula Sabtu ini.

Baca Lagi:
Lelaki jadi jutawan selepas 36 tahun hidup guna baucer sahaja, tak pernah keluar duit satu sen beli barang keperluan
Pengasas pencetak Harakah masuk ICU, PAS digesa bayar hutang RM656,233.69 segera
Tular khabar angin wujudnya kem-kem pemilihan calon Pemuda Amanah, ini komen AJK Pemuda Nasional