Makcik viral kira laju tanpa guna calculator, cara pengiraan buat ramai terkejut bila dengar harga disebut

Makcik viral kira laju tanpa guna calculator, cara pengiraan buat ramai terkejut bila dengar harga disebut

Makcik viral kira laju tanpa guna calculator, cara pengiraan buat ramai terkejut bila dengar harga disebut. Anda mesti akan berasa kagum dengan seseorang yang boleh mencongak pengiraan tanpa menggunakan calculator lebih-lebih lagi yang tidak bergantung pada mana-mana alatan mahupun kertas untuk melakukan cara pengiraan.

Contohya di kedai mamak, cara pelayan mengambil order dengan hanya mengingat menu makanan yang dipilih pelanggan pasti membuat anda kagum inikan pula yang dapat mengira dengan pantas.

Jika anda berkunjung di negeri Terengganu, anda wajib berkunjung di sebuah gerai yang di usahakan oleh seorang wanita ini. Apa yang menarik selain menu makanan yang sedap adalah cara pengiraan wanita ini yang unik dan pantas setiap kali pelanggan meminta jumlah yang harus dibayar pasti mencuri perhatian anda.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @azman_ngah, lelaki ini bersama ibunya pergi bersarapan di kedai Mak Cik tersebut dan memesan lauk daging, ayam goreng, mi goreng, sebiji telur bersama air milo ais dan teh o ais.

Makcik viral kira laju tanpa guna calculator, cara pengiraan buat ramai terkejut bila dengar harga disebut

Namun apa yang menarik tumpuan ramai adalah pengiraan Mak Cik kedai tersebut yang sangat lain daripada yang lain ditambah pula dengan pengiraannya yang sangat pantas.

Makcik berkenaan menggunakan angka ratus dalam cara pengiraannya malah ramai juga yang terhibur dan tertanya dengan jumlah RM220 yang dikatakan Mak Cik tersebut, dimana harga asal hanyalah RM22 sahaja.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen pada awalnya pening dengan cara pengiraan makcik tersebut namun akhirnya kagum melihatnya yang laju mengira tanpa menggunakan kalkulator.

“Ingatkan RM220 sungguh mujur baca komen, baru nak kecam”- Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berhasrat untuk datang ke kedai makcik tersebut dan merasai sendiri air tangannya.

@azman_ngah KEDAI MAK CIK VIRAL KIRA LAJU ‼️ . KEDAI MAKAN VIRAL TERENGGANU . JOM VISIT TERENGGANU #fyp #masukberanda #fypdongggggggg #visit #terengganu #makanterengganu #kedaimakanviralterengganu ♬ original sound – Azman Ngah

Baca Lagi:
Suami sanggup beli buah busuk untuk anak-anak, kalau dengan mak dan adik-beradik dia siap beli yang mahal
Suami isteri ditemukan mati bersama 150 ekor kucing dalam rumah
Jadi anak yatim piatu sekelip mata, nenek datang tuntut hak dia, pakcik kebas semua duit insurans kemalangan mak dan ayah
CATEGORIES