Makcik kantin ‘bengang’ cikgu sailang perniagaan, jual makanan lebih murah dari kantin setiap hari di sekolah

Photo of author

By Joe

Makcik kantin ‘bengang’ cikgu sailang perniagaan, jual makanan lebih murah dari kantin setiap hari di sekolah. Dengan kenaikan harga barang-barang pada masa kini, pengusaha kantin adalah antara yang terjejas paling teruk dalam mendapatkan pendapatan. Oleh itu, mereka mengira setiap sen dalam transaksi untuk menjalankan operasi sepanjang hari.

Baru-baru ini, satu rakaman video di TikTok menjadi viral yang menunjukkan seorang mak cik pengusaha kantin menegur seorang guru yang menjual pelbagai jenis makanan di sekolah.

Dalam rakaman video itu, terlihat pelbagai pilihan makanan dijual seperti spageti, bihun goreng, roti john, nasi lemak, dan lain-lain. Harga bagi setiap hidangan tersebut juga cukup murah, menyebabkan persaingan sengit dengan pengusaha kantin di sekolah tersebut.

Makcik kantin 'bengang' cikgu sailang perniagaan, jual makanan lebih murah dari kantin setiap hari di sekolah

Pada masa itu, wanita tersebut juga mengungkapkan kekecewaannya terhadap ‘persaingan’ yang diberikan oleh pendidik, sedangkan sekolah sudah menyediakan kantin bagi pelajar membeli makanan dan minuman.

“Sebenarnya saya diam bukanlah kerana saya tidak faham, tapi saya malas nak terus berhadapan dengan cikgu. Tapi cikgu buat lagi macam ni. Mereka ni semua ada lesen ke?” soalnya kepada pelajar dan guru yang mengendalikan perniagaan tersebut.

Guru itu kemudian menjelaskan bahawa makanan itu dijual kerana ada acara hari sukan di sekolah. Namun, mak cik kantin menolak penjelasan tersebut dengan menyatakan bahawa dia sentiasa melihat makanan itu dijual setiap hari.

Mak cik kantin sekali lagi mempersoalkan tindakan tersebut kerana terdapat pekeliling yang menyatakan guru di sekolah tidak dibenarkan menjalankan perniagaan semasa waktu persekolahan.

@kim_selat Pelik Betul Lah, Pihak Sekolah Dan Pengetua Tak Ambil Tahu Ke Tentang Masalah Ni, Mana Boleh Cikgu-Cikgu Berniaga Dekat Sekolah, Kan Dah Ada Kantin, Banyak Gila Pulak Tu Jual Barangan Makanan/Minuman, Apa Guna Ada Kantin, Kalah Cikgu Pulak Yang Nak Berniaga.? Baik Tak Payah Buka Kantin, Teruk Sangat Dah Ni, Sekolah Mana Lah Ni, Harap Pihak Berwajip Mengambil Tindakan Sewajarnya, Kesian Owner Kantin.. #fypppppppppppppppppppppp #malaysia #videoviral ♬ original sound – 카이릴 이즈완

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen berpihak kepada mak cik kantin kerana dia dilantik untuk menyediakan makanan dan minuman buat pelajar melalui tender.

Makcik kantin 'bengang' cikgu sailang perniagaan, jual makanan lebih murah dari kantin setiap hari di sekolah

Makcik kantin 'bengang' cikgu sailang perniagaan, jual makanan lebih murah dari kantin setiap hari di sekolah

Sementara guru-guru yang berkaitan sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan pengusaha kantin dalam menentukan penjualan pilihan juadah supaya boleh berlaku adil.

Baca Lagi:
Luahan rider kena buang kerja sebab jaga isteri sakit buat Pak Nil sebak
“Suami suka perempuan seksi, kawan baik aku yang seksi jadi mangsa suami aku..”
“Nama di IC kekal sebab jaga aib”- Lelaki kerja ‘offshore’ baru tahu 4 dari 6 anak bukan benihnya