Makam Firaun Rameses II berusia 3,000 tahun ditemui, penggali terkejut temui sesuatu

Makam Firaun Rameses II berusia 3,000 tahun ditemui, penggali terkejut temui sesuatu

Makam Firaun Rameses II berusia 3,000 tahun ditemui, penggali terkejut temui sesuatu.

Sebuah makam pengebumian purba telah ditemui oleh seorang penggali sewaktu melakukan kerja pembinaan di Taman Negara Pantai Palmahim di selatan Tel Aviv, Israel baru-baru ini.

Memetik laporan Unilad, makam itu dipercayai milik firaun Rameses II Mesir yang terletak di dalam sebuah gua.

Difahamkan, gua itu mempunyai seni ukir yang dipahat dan berbentuk empat segi dengan sebuah tiang sokongan pada bahagian tengah kawasan itu.

Makam Firaun Rameses II berusia 3,000 tahun ditemui, penggali terkejut temui sesuatu

Tidak cuma itu, lebih berpuluh-puluh tembikar dan gangsa diletakkan di dalam gua sama seperti yang diaturkan dalam upacara pengebumian sekitar 3,300 tahun lalu.

Menurut pemeriksa dari Penguasa Antikuiti Israel (IAA), Dror Sitron yang juga orang pertama yang melihat gua itu berkata, pihaknya menemui banyak tinggalan bekas tembikar dan beberapa sisa rangka.

Hasil siasatan mendapati kawasan yang terletak lapan kaki di bawah tanah itu masih lagi kukuh dan dipercayai tidak disentuh lebih 3,000 tahun lalu.

Menurut pakar, mereka percaya kawasan itu dahulunya merupakan lokasi berdagang dengan kapal yang dipercayai berasal dari Lubnan Syria dan Cyprus.

Makam Firaun Rameses II berusia 3,000 tahun ditemui, penggali terkejut temui sesuatu

Difahamkan, rangka orang mati turut dikebumikan bersama di makam itu yang dipercayai untuk berkhidmat kepadanya di ‘akhirat’.

“Ia merupakan satu penemuan yang luar biasa dan menakjubkan sewaktu zaman Firaun Rameses II yang dikaitkan dengan Alkitabiah dari Mesir.

“Penemuan makan ini dijumpai oleh seorang penggali sewaktu melakukan kerja pembangunan Pihak Berkuasa Alam Semula Jadi dan Taman Israel,” kata IAA.

Makam Firaun Rameses II berusia 3,000 tahun ditemui, penggali terkejut temui sesuatu

Sementara itu, Pakar Zaman Gangsa IAA, Dr Eli Yannai berkata penemuan itu membolehkan kajian dilakukan secara terperinci sewaktu zaman pemerintahan Firaun Rameses II yang berkuasa.

“Kawasan ini tidak pernah ditemui sebelum ini dan kami boleh mendapatkan maklumat daripada artifak, sisa-sisa kapal dan sisa organik yang tak dapat dilihat dengan mata kasar,” katanya.

Tambahnya, gua itu berkemungkinan dapat memberikan gambaran lengkap tentang adat pengebumian sewaktu Zaman Gangsa Akhir.

“Gua ini mengandungi puluhan bekas tembikar dalam bentuk dan saiz yang berbeza termasuk periuk memasak, balang simpanan, dan lampu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Pengarah Pihak Berkuasa Antikuiti Israel Eli Eskosido bersama Pengarah Pihak Berkuasa Alam Semula Jadi dan Taman Israel, Raya Shurky akan merangka pelan untuk tapak perlindungan purba itu yang tercatat sebagai sejarah kuno Israel.

Baca Lagi:

Hutang terlalu banyak, suami bunuh diri siap tinggal wasiat ke isteri tolong bayarkan hutang

Dr Erin cabar dedah gambar bogel miliknya, siap dedah sebab 7 kali cerai

Lelaki berjalan atas air sungai berjaya dirakam, penduduk kampung terkejut

CATEGORIES