Mak Nyah tikam kekasih, mahkamah arah jalani hukuman di penjara lelaki selama 9 tahun

Mak Nyah tikam kekasih, mahkamah arah jalani hukuman di penjara lelaki selama 9 tahun

Mak Nyah tikam kekasih, mahkamah arah jalani hukuman di penjara lelaki selama 9 tahun. Seorang mak nyah dikenali sebagai Zara Jade dipenjara selepas dia menyerang kekasihnya yang juga seorang wanita.

Jade, 54, dari Halifax, West Yorkshire, mengaku bersalah menikam kekasihnya menggunakan pisau serta mengikat mangsa untuk tujuan penderaan.

Selain itu, Jade turut mengambil kad bank milik mangsa serta memaksanya menyerahkan kata kunci sebelum dia pergi ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang.

Mak Nyah tikam kekasih, mahkamah arah jalani hukuman di penjara lelaki selama 9 tahun

Jade, yang merupakan seorang transgender dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun selepas mengaku bersalah atas enam kesalahan serangan dan rompakan.

Dia bagaimanapun hanya akan menjalani hukuman penjara selama sembilan tahun di sebuah penjara lelaki selepas hakim menjatuhkan hukuman pada Isnin.

Dia juga diberi perintah larangan tanpa had yang melarangnya daripada berhubung dengan mangsa, tambah polis.

Baca Lagi:
“Aku sumpah mak kau mampus, bapak kau mampus”, wanita dakwa dipukul ustaz program realiti TV
Kejadian ‘Bulan berekor’ dikaitkan tanda kiamat dan dukhan akan berlaku?, Ustaz ni jelaskan perkara sebenar
Kisah 5 beradik meninggal dunia sebab makan telur ikan kurau, tapi sebenar telur..
CATEGORIES