“Mak mentua tuduh aku mencuri sebab aku orang baru dalam keluarga, makcik siap ugut nak bawa jumpa bomoh kalau aku tak mengaku”

“Mak mentua tuduh aku mencuri sebab aku orang baru dalam keluarga, makcik siap ugut nak bawa jumpa bomoh kalau aku tak mengaku”

“Mak mentua tuduh aku mencuri sebab aku orang baru dalam keluarga, makcik siap ugut nak bawa jumpa bomoh kalau aku tak mengaku”. Hai semua. Saya nak mengadu sikit tentang keluarga mertua saya ni. Dulu sebelum kahwin saya rasa, sayalah wanita yang beruntung sekali dapat keluarga mertua yang baik, layan saya elok, anggap saya macam anak sendiri. Rupanya semua tu indah masa belum kahwin je, selepas kahwin barulah keluar watak sebenar masing – masing. Benda ni mula – mula sikit je tapi makin lama makin teruk saya rasa.

1) Mula – mula pasal balik raya. Setiap kali raya, mak mertua pandai – pandai je atur sendiri. Dia cakap isteri kena dengar cakap suami. Suami saya plak mula – mula ikut cakap mak dia. Bila baru – baru ni saya banyak protes baru la suami nak dengar pendapat saya dan bagi can tuk saya raya dengan keluarga saya plak. Yang tu ok la, hal kecik je sebab suami bertimbang rasa nak dengar cakap saya.

2) Masa saya sedang mengandung, makcik suami ada hilang barang kemas kat rumah mak mertua. Masa tu makcik dia duduk situ dalam 2 – 3 hari la. Kebetulan saya ada singgah rumah mak mertua sebab mak mertua suruh singgah nak bagi lauk.

"Mak mentua tuduh aku mencuri sebab aku orang baru dalam keluarga, makcik siap ugut nak bawa jumpa bomoh kalau aku tak mengaku"

Saya datang sorang je tapi rumah mak mertua tu memang jiran – jiran selalu datang borak – borak, mengumpat orang sana sini. Alih – alih bila hilang barang kemas makcik dia tu, saya plak dituduhnya. Alasannya saya orang baru kat keluarga tu.

Sebelum ni tak pernah ada orang hilang barang pun kat situ sebelum saya join keluarga tu. pergggghhh.. Hati terbakar betul la. Dorang siap suh saya minum air yassin la sebab konon – konon siapa yang curi, kalau minum air tu akan jadi panas.

Saya pun minum sebab dorang paksa. Dah memang saya tak ambil pun kenapa plak saya nak jadi panas kan. Masa tu memang saya rasa stress sangat – sangat. Mujur ada suami yang pertahankan saya. Beberapa minggu gak la saya mogok tak nak pergi sana. Akhirnya suami saya cakap dekat mak dia, kalau mak dia masih nak tuduh – tuduh saya, suami saya tak akan balik dah ke sana.

3) Bila saya dah bersalin, suka suki dia je nak buat macam – macam kat baby saya tu. Kalau balik rumah dia, baby nangis sikit je dia duk sibuk cari orang nak ubatkan baby. Nak bagi air kat baby, kata kena sampuk. Lepas tu duk calit minyak apa ntah kat baby, konon nak elak baby kena sampuk. Apa hal???

Kan lagi elok dia bacakan baby ayat – ayat Al quran dari percaya benda – benda ngarut tu. Sebelum tu dia sibuk nak bagi puting kosong kat baby. Saya tegah, saya tak nak ajar baby puting kosong. Lagipun bukan dia jaga anak saya, mak saya yang jaga anak saya. Jadi kenapa nak sibuk sibuk kan..

4) Bila anak saya berumur 3 bulan, dia sibuk suruh saya bagi makan dekat baby tu. Walhal doktor dah cakap tunggu umur 6 bulan. Bila saya kata tak nak lagi dan jelaskan kat dia yang doktor tak bagi, dia menjawab, “ala.. anak mak dulu umur 3 bulan dah bagi makan, elok je pun!”

Lepas tu dia suruh suami saya belikan nestum nak bagi baby makan. Memang saya protes habis – habislah. Saya cakap dengan suami, “itu anak saya kan?? Saya yang mengandungkan dia, lahirkan dia. Apa hal plak dia nak tentukan macam tu.”

Lagipun baby tu setiap bulan berat badan baby naik sebab kuat menyusu. Mak mertua plak cakap berat badan je naik tapi badan dia rasa ringan. Akhirnya suami nasihatkan mak dia suh tak payah bagi makan dulu. Yang sakit hatinya dia boleh cerita dekat jiran – jiran dia yang saya tak bagi baby makan. Lepas tu ada jiran dia cakap, “alaaaa… aku dulu anak 2 bulan, aku dah calitkan belacan.”

5) Untuk pengetahuan semua, saya memang alah dengan habuk. Jadi memang dari kecik saya tak pernah kemas rumah sebab bila saya kena habuk dengan banyak, autom4tik saya akan selsema dan demam. Jadi awal – awal lagi saya dah cakap dengan suami, suami pun tak kisah.

Dia cakap bab – bab kemas rumah tu dia boleh buat. Bab masak, sidai, lipat kain, jaga baby semua saya buat. Masing – masing ambil bahagian, tolong menolong kan. Kebetulan bulan ni suami agak sibuk dengan kerja, jadi dia tak sempat nak kemas rumah.

Minggu lepas, mak mertua datang, dia tengok rumah berhabuk. Balik tu dia bising – bising, kata saya tak pandai uruskan rumahtangga. Bila saya jelaskan dekat dia, dia cakap patutnya saya kena juga buat. Lepas tu dia marah – marah sebab dia kata saya ni harapkan suami je.

Walhal suami saya sendiri yang cakap dia boleh tolong. Lagipun dalam rumahtangga apa salahnya suami tolong isteri buat kerja rumah kan??? Sebenarnya banyak lagi kes yang buat saya kecik hati dengan mak dia ni. Kalau masa ok tu ok la tapi banyak masa saya jadi meluat.

Lepas tu duk kutuk – kutuk anak orang macam la anak – anak dia ni bagus sangat. Kadang – kadang memang saya jadi malas dan meluat nak balik rumah dia. Paling s4kit hati bab dia tuduh saya mencuri, suka hati dia je.

Ikutkan dia dah tak cakap pasal tu tapi bila kadang – kadang ada masa saya teringat, saya jadi s4kit hati. Sebab dia p4ksa jugak saya ngaku sebab makcik dia tu katanya nak buat pencuri tu sampai m4ti. Kononnya mak suami takut jadi apa – apa dekat kandungan saya sebab masa tu saya tengah mengandung.

Baca Lagi:
“Betul-betul buat duit”- Balkoni kecil untuk disewa, harga RM1,144 seminggu
“Berbelas ribu aku habis duit dekat janda selama 4 tahun aku menduda, sekali semua terbongkar selepas aku tanya anak dia..”
Jangan suka sangat bila beli kereta baru, ini 5 perkara penting perlu buat sebelum keluar ‘showroom’
CATEGORIES