“Mak mentua bising rumah aku panas sebab tiada aircond, setiap kali dia datang dia mahu tidur dalam bilik aku dengan suami”.Hi semua. Aku Aleen. Aku just nak share cerita aku pasal rumah mak mertua aku yang banyak aircond sampai jadi beban. Isu aircond ni sebenarnya salah satu je pon, tapi dia trigger yang lain – lain.
Mak mertua aku orang kampung. Anak – anak dia pun kerja kampung dan duduk serumah (3 keluarga). Cuma anak bongsu dia, yang laki aku je kerja kat pejabat dan jauh sikit. Luar dari kampung. Mak mertua, ipar duai aku jenis pasang aircond banyak – banyak kat rumah. Semua bilik aircond.
Ruang tamu 2 aircond 5hp. Sampaikan kat dapur pun letak aircond. Dia kata, Malaysia ni panas sangat. Dan, yang lebih parah pula, bila rumah dah penuh aircond dan selesa, jiran, sedara mara keraplah datang duduk, malah tidur kat rumah mak mertua sebab selesa ada aircond.
Anak cucu semua diangkut duduk kat rumah mak mertua. Dah jadi macam tempat berkumpul pelarian dah aku tengok huhuhuhu. Akibatnya, bil elektrik rumah mak mertua cecah ribu riban sebulan. Lepastu adik beradik dia yang duduk serumah bising – bising pasal bil dan tak pasal – pasal minta suami aku tong – tong sekali bayar bil bulanan.
Tapi, nasib baiklah laki aku ni cerdik. Dia hujahlah, part yang dia bantu ialah beri duit bulanan kat mak mertu aku je. Itu je tanggungjawab dia sebab dia pun ada keluarga sendiri yang nak dinafkahi. Iyelah, kami sendiri walau mampu dan gaji total suami isteri cecah 10k, kami pun ukur baju di badan sendiri.
Rumah kami yang sederhana besar 4 bilik ni, hanya ada aircond di bilik tidur utama saja. Bilik anak – anak semuanya masih gunakan kipas. Sebab, kami dah bincang suami isteri, yang aircond ni dikira sebagai kehendak je. Belum tahap keperluan dan anak – anak kami biasakan hidup sekadarnya cukup dengan kipas.
Even kami sendiri pun, dibesarkan hidup sederhana dengan kipas. Dah bekerja dan ada rumah sendiri, barulah rasa selesa sikit, dengan pasang aircond. Apa yang kami pentingkan, gaji bulanan tu ada lebihan simpanan untuk pendidikan anak – anak. Biarlah takde aircond seluruh rumah pun.
Apa yang jadi kat rumah mak mertua aku buat aku muhasabah banyak benda. Walaupun isu awalnya pasal aircond dan bil elektrik je.
Ukur baju di badan sendiri. Hidup ikut kemampuan kita. Isu bil ni, setiap bulan mereka bisingkan. Tak tenang betul tengok hidup mereka. Mereka sendiri yang cari masalah dan tak urus dengan baik.
Mampu beli aircond bukan bermaksud mampu bayar bil aircond kalau kita tak manage penggunaannya. Sama juga macam mampu beli kereta, bersamanya ada kos minyak, selenggara, insurans dll.
Biar banyak rumah, jangan banyak orang. Aku pun tak faham kenapa semua nak duduk ramai – ramai sampai 3 keluarga kat rumah tu. Bila duduk ramai ni, nak uruskan kos keluarga tak mudah. Sebab banyak kepala.
Guna aircond contohnya. Kalau dalam family kecil kita dan duduk rumah sendiri, kita boleh je decide, waktu bila sepatutnya penggunaan aircond. Waktu nak tidur ke, waktu belajar ke atau bila waktu dah panas sangat baru on. Bukan 24 jam. Jadi, jimatlah sikit penggunaan elektrik tu.
Jangan ikat hidup kita dengan beban sampai tak boleh menikmati kehidupan. Keluarga kami selalu kena perli dengan adik beradik suami sebab setiap tahun pergi bercuti bawa anak – anak. Walhal, kami menabung dan berjimat dengan jarang makan luar dan ofkos bil elektrik seadanya sebab aku memasak setiap hari walaupun aku pekerja profesional.
Bekal anak dan suami aku buat walaupun masak simple dan campak-campak. (Thanks therm0mix!) Anak-anak pun sangat gembira bawa bekal sebab sekolah mereka ada lebih 1k murid, mereka malas nak beratur masa rehat di kantin.
Aku rasa keluarga mertua tu boleh je pergi bercuti walau dekat-dekat kalau mereka menguruskan bil elektrik ribu-riban bulanan itu. Satu keluarga mungkin boleh menjimatkan dalam RM300 sebulan untuk tabung cuti.
Pentingnya untuk ada common sense. Ya, zaman ini common sense is not common anymore. Mengapa jiran tetangga, sedara mara semua nak datang ramai-ramai macam buat lawatan sambil belajar setiap hari di rumah orang lain?
Walaupun Islam memuliakan tetamu, bukan begitu adabnya. Bukan tuan rumah sahaja perlu menjaga tetamu, tetamu juga seharusnya beradab. Apapun, aku jenis tidak bersuara dan tidak campur tangan pun mengenai hal-hal bil dan perbincangan keluarga mak mertua.
Sebab baik macam mana pun, kita menantu masih orang luar. Cuma baru-baru ini aku sedikit terganggu bila mak mertua aku memarahi suami aku tentang rumah aku panas bila dia datang sini. Dia suruh aku pasang aircond di ruang tamu dan semua bilik anak-anak supaya bila mereka semua datang boleh tumpang bilik tidur anak-anak aku.
Tidak mungkin kami nak pasang semata-mata kerana mereka. Kesejahteraan anak-anak kami lebih utama. Dan ayat yang paling mengganggu aku sekarang, bila mak mertua aku cakap, “Hujung bulan mak nak datang. Kalau takde aircond lagi, mak, kak long dan Nurul tidur bilik kau (bilik tidur kami)!”
Untuk pengetahuan korang, mak mertua aku memang jenis bossy dan suka mengarah-arah. Maaf tidak! Bilik tidur aku dan suami adalah tempat paling privasi, sehingga anak-anak pun tidak boleh masuk. Ya, bilik tidur kami adalah tempat paling intim yang aku betul-betul jaga dan tidak ada sesiapa pun boleh akses.
Suami aku pun telah menetapkan peraturan ini. Maaf kalau aku kelihatan keras mengenai hal ini. Pandangan korang semua bagaimana? – Aleen (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet:
Nourha Sein: Wow, aku sangat suka dengan cara cerita suami isteri ini. Ini menunjukkan kecerdikan dan ketegasan. Mereka tahu hak dan tanggungjawab mereka sehingga mana. Tidak perlu untuk mengaku sedih ditekan jika anda membuka ruang untuk ditekan. Tirulah cara cerita suami isteri ini. Tahniah kepada mereka.
Suraya Anuar: Saya suka cerita ini, nampaknya suami isteri ini sangat tegas dan tahu untuk mengekalkan batasan. Puan menerangkan dengan jelas bahawa dia mendidik anak-anak untuk hidup sederhana dan tidak mahu memasang banyak aircond, kerana dia ingin menyimpan wang untuk pendidikan anak-anaknya seperti yang puan katakan. Hak puan, jika ada yang ingin menyindir atau merendahkan, biar sahaja.
Neuro Shewazni: Teruskan dengan prinsip anda! Benar, bilik suami isteri adalah tempat yang sangat peribadi. Biarkan mak mertua berkata apa pun. Saya kagum dengan keberanian anda. Saya juga mampu, tetapi saya tidak mempunyai ekon dalam rumah. Semuanya menggunakan kipas.
Walaupun anak saya merengek untuk mempunyai ekon (kerana tadika lamanya ada ekon), saya tetap menolak. Sis, teruskan dengan prinsip itu. Benda boleh diselesaikan melalui perbincangan. Tidak menghormati tuan rumah. Saya geram membaca ini.