“Mak aku umur 70 tahun masih lagi cuba mahu curang, hampir seumur hidup dia derhaka dengan ayah”. Sewaktu aku berumur 15 tahun, mak ada teman lelaki yang berbeza umur beberapa tahun lebih tua dari aku. Ketika itu usia mak 47 tahun. Pada mulanya mak kata beri sedekah makan kerana lelaki tu anak yatim piatu.
Nampak macam harmless je kan. Ye la nampak macam mak dan anak angkat. Lama kelamaan keadaan jadi pelik. Bila ayah start je motor dan keluar rumah, lelaki tu terus muncul entah dari mana. Setiap hari tanpa gagal.
Mereka masuk bilik mandi bersama. Mereka mengadakan hubungan suami isteri. Bila malam lelaki tu datang berbual – bual dengan emak di hadapan ayah. Tanpa menghormati ayah. Lelaki tu cuba berbaik dengan aku. Mak membuat seolah lelaki tu datang ke rumah kerana aku.
Aku dituduh gatal, dimarahi kakak kerana berangan ada boyfriend. Padahal dia teman lelaki mak aku. Mak kata aku je yang faham mak dan tak marah mak. Mak rasa aku sokong apa yang mak buat. Hakikatnya aku keliru, aku malu, aku benci ada mak begitu. Tapi tak terluah.
Aku jijik bila nampak mak berperangai macam budak baru belajar bercinta. Mak selalu ke rumah nenek kerana lelaki tu. Mak sibuk pakai krim muka, pakai lipstick terus berlari – lari ke rumah nenek bila ada peluang. Satu hari ayah ternampak mak ‘bersama’ dengan lelaki itu.
Ayah terus ke balai polis buat laporan. Ayah kunci pintu tak bagi mak masuk rumah. 2 minggu mak tak ada di rumah adalah saat yang paling aku kenang hingga sekarang. Ayah masakkan mee goreng basah paling sedap pernah aku makan.
Adik menangis. Ayah cakap kena biasakan diri. Lepas ni mak dah tak ada. Mak bersembunyi di rumah nenek. Mak curi – curi balik waktu malam. Tapi ayah paku tingkap. Mak tak dapat masuk. Aku suka. Nenek datang ke rumah. Minta aku serahkan beg duit dan barang kemas mak yang disorokkan di bawah katil.
Aku ambil barang – barang tu dan aku serahkan pada ayah. Ayah jual semua rantai dan gelang mak. Aku suka. Mak lebih pentingkan gelang emas dia dari aku dan adik – adik. Kakak aku tak percaya mak ada skandal dengan lelaki lain.
Kakak cakap ayah dayus. Kalau betul ayah nampak mak buat benda terkutuk depan mata, ayah patutnya tumbuk pukuI mak dan lelaki tu. Bukan pergi ke balai polis yang jauhnya 5 km untuk buat laporan. Kakak cakap sambil ketawa.
Yang nampak mak bawak lelaki lain tu aku. Yang nampak mak marah ayah sebab mata dah buat dengan cinta tu, aku. Yang dengar mak merengek manja mandi sama dengan lelaki tu aku. Yang nampak semua perlakuan jijik mak tu aku.
Aku dengar mak maki ayah sebab perbuatan hina dia diketahui ayah. Mak maki ayah kerana tak dapat lagi berjumpa lelaki tu. Aku dengar semuanya. Aku masih ingat adik cerita kawan – kawan ejek, “mak kau peIacur.” Aku masih ingat raut muka adik ketika tu. Kasihan adik.
Satu pagi, ayah minta aku hantarkan adik ke sekolah. Ayah kata nak bercakap dengan mak. Laju – laju aku start motor. Aku ambil masa yang lama untuk balik selepas hantar adik kerana tak sanggup nak dengar mak berpura – pura nangis minta ampun dari ayah.
Aku dengar ayah hamburkan semua yang terbuku di hatinya. Ayah banyak berk0rban untuk mak. Mak memang perempuan tak guna yang tak kenang budi. Mak aku pencurang perempuan murah. Akhirnya ayah terima mak ke dalam rumah semula.
Bermulalah episod pergaduhan hampir setiap hari yang meninggaIkan kesan tr4uma dalam diri aku dan adik aku kerana kami masih tinggal di rumah. Kakak masih tak percaya yang mak betina murahan yang tak guna. Aku belajar rajin – rajin kerana itu tiket untuk aku keluar dari ner4ka.
Tinggallah adik dan ayah menghadap mak yang sem4kin lama sem4kin kurang ajar dengan ayah. Aku ambil masa yang sangat lama untuk terima mak dan balik semula ke rumah. Aku benci rumah tu. Tapi bila dikenang semula, aku kesiankan adik dan ayah.
Betapa musn4hnya zaman kanak – kanak kami dan tinggal kesan yang paling dalam dan takkan hilang. Peristiwa hitam berlaku 24 tahun lepas tapi aku masih ingat dengan jelas setiap perincian kejadian tu. Sekarang mak berusia 70 tahun. Ayah masih dikurniakan kesihatan yang baik.
Adik aku menghidap skiz0frenia dan beberapa masalah mental yang aku percaya akibat dari perbuatan dan penyiksaan mak. Beberapa bulan lepas aku ada membaca message mak. Mak bertukar message dengan lelaki pencen yang sudah berkahwin.
Mak menggunakan panggiIan manja mak dan ayah dengan lelaki tersebut. Serta merta peristiwa dulu datang macam flashback dalam otak. Aku marah. Aku jijik. Aku kesian ayah dan adik. Ayah tak berhak dicurangi lagi kali kedua.
Ayah tak berhak semua keadaan ni setelah ayah berk0rban semuanya untuk mak. Mak aku perempuan tak guna. Mak tak sabar nak tunggu ayah dijemput pencipta untuk menyundaI semula. Aku marah dan tak boleh cerita pada sesiapa pun hal ni.
Adik akan lebih sakit jika tau hal ni. Ayah aku berhak untuk hidup aman dan tenang meniti hari tua. Aku tak mahu ingat segala message mak yang telah aku baca. Tapi semua ni sangat menyakitkan. Kepala aku sakit nak pecah fikirkan hal ni.
Aku akan jaga dan sayang ayah. Selama ayah ada, aku akan senyap. Aku akan pastikan betina tu hidup sendirian bila ayah bertemu pencipta. – anonnonoo (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nur Hanim Ayub : Allah.. takutnya. Dah 70 tahun masih lagi cuba untuk curang. Hampir seumur hidup derhaka dengan suami. Minta dijauhkan. Tak terkata bila dengar luahan TT. Terkedu habis. Semoga Allah lindungi TT dan adiknya. Berikanlah kebahagian pada mereka, berikan mereka pasangan yang baik. mereka tak bersalah. Mereka mangsa keadaan. Tak tahu nak cakap apa lagi, kesian semuanya terutamanya ayah TT.
Nor Haniza Harun : 70 tahun tu dah patut solat sunat taubat hari – hari. Mintak maaf dekat pasangan hari – hari kerana umur kita umpama tali yang ditarik dalam kabus. Kita tak nampak hujungnya, kita sangka tali itu masih panjang, hakikatnya dia sudah hampir ke penghujung. Semoga kuat tt.. jaga ayah baik – baik.