Majlis Oscar 2022 kecoh!! Aktor ternama Will Smith tumbuk selebriti Chris Rock di pentas

Majlis Oscar 2022 kecoh!! Aktor ternama Will Smith tumbuk selebriti Chris Rock di pentas

Majlis Oscar 2022 kecoh!! Aktor ternama Will Smith tumbuk selebriti Chris Rock di pentas.

Majlis Oscar 2022 yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia dicemari dengan insiden aktor ternama Will Smith menumbuk selebriti Chris Rock di pentas anugerah berprestij itu di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad malam (Isnin pagi waktu Malaysia).

Insiden itu berlaku gara-gara Smith berang apabila Rock mempersenda isterinya, Jada Pinkett-Smith yang kini muncul dengan imej botak.

Sejurus selepas melakukan tindakan yang mengejutkan seluruh khalayak penonton, Smith turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya seraya menjerit ke arah Rock dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.

Bagaimanapun, penonton di rumah tidak berpeluang mendengar apa yang keluar dari mulut Smith berikutan audio disenyapkan.

‘Drama’ Oscar 2022 itu bermula apabila Rock berada di pentas itu untuk menyampaikan anugerah bagi kategeori Dokumentari Terbaik.

Seperti kelazimannnya, Rock yang sangat sinonim dengan sikap humornya mula bergurau dengan penonton dan sebaik terpandang wajah Smith dan Jada, dia membuat keputusan bersenda dengan pasangan suami isteri itu.

Majlis Oscar 2022 kecoh!! Aktor ternama Will Smith tumbuk selebriti Chris Rock di pentas

Namun, Rock tidak menyedari tindakannya itu hanya mengundang kemarahan Smith yang juga calon bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard.

Guruan Rock terhadap Jada yang kini muncul dengan imej botak berikutan masalah kesihatan itu lebih sesuai untuk membitangi filem G.I. Jane hanya mengundang padah.

Kepada Smith, apa yang disebut Rock bukan lagi gurauan, sebaliknya, tindakan itu satu penghinaan.

Seluruh penonton yang menghadiri acara anugerah itu tergamam melihat apa yang berlaku di pentas.

Menurut laporan portal berita antarabangsa, ejen publisiti Smith, Meredith O. Sullivan bergegas menuju ke arah pelakon ternama itu dan mengajaknya berbincang ketika siaran berhenti rehat.

Turut kelihatan pelakon senior, Denzel Washington yang mengajak Smith untuk berbincang secara tertutup.

Baca lagi:

JAIS gantung tugas guru KAFA tolak vaksin

Kerajaan tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta – KJ

2 artis Malaysia berdepan hukuman gantung sampai mati

CATEGORIES