Majlis Gereja Malaysia terkejut dengan kenyataan fitnah Muhyiddin

Majlis Gereja Malaysia terkejut dengan kenyataan fitnah Muhyiddin

Majlis Gereja Malaysia terkejut dengan kenyataan fitnah Muhyiddin. Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM) membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN)Muhyiddin Yassin kerana mendakwa bahawa penganut Kristian di Malaysia “bergabung dengan sekumpulan orang Yahudi untuk mengkristiankan Malaysia”.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung CCM Jonathan Jesudas, berkata majlis itu terkejut dengan kenyataan Muhyiddin yang dibuat pada satu ceramah baru-baru ini dan telah tular di media sosial.

“Kenyataan ini bukan saja tidak benar tetapi tidak bertanggungjawab untuk seorang ahli politik membuat kenyataan demikian kepada orang ramai yang ditonton secara meluas di media sosial.
“Kenyataan sebegitu, yang diucapkan secara sembarangan, mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan ketegangan dan persengketaan kaum dan agama.
“Ia mesti ditangani oleh pihak berkuasa untuk memastikan sikap tidak hormat secara terang-terangan terhadap kebenaran dan sensitiviti pelbagai agama ini tidak dibenarkan atau berulang,” katanya.

Majlis Gereja Malaysia terkejut dengan kenyataan fitnah Muhyiddin

Dalam klip video ucapannya, Muhyiddin berkata ia “sangat bahaya” untuk Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa, sambil mendakwa beliau melihat satu video sekumpulan Yahudi yang “ditaja” oleh pembangkang.

@phan.fizs

Awas agenda kristianisasi, kita jangan lalai…mereka dh lama merancang! #abah #undiPN #PNbest

♬ bunyi asal – PHan fiz

Bekas perdana menteri itu berkata ia “bahaya” dan mempersoalkan sama ada akan berlakunya “proses kristianisasi”.

“Itu satu daripada strategi jangka panjang. Mungkin tidak dilihat waktu kita ini tetapi mungkin tidak berapa lama kalau kita tidak berhati-hati dan berjaga-jaga ia boleh terjadi,” katanya.

Muhyiddin mendakwa “agenda mereka” adalah ingin menjadikan Malaysia menjadi satu daripada “koloninya”.

CCM menegaskan bahawa sensitiviti pelbagai masyarakat mesti dipertimbangkan oleh pemimpin politik semasa berucap di forum awam, terutamanya memandangkan Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama dan kaum.

Menurut Astro Awani, Pengerusi PH Anwar Ibrahim turut membidas Muhyiddin berhubung kenyataannya, sambil berkata presiden Bersatu itu kelihatan seolah-olah kekurangan “peluru” pada pilihan raya ini.

“Dia mengatakan bahawa orang Kristian dan Yahudi telah masuk ke negara ini. Adakah dia kehabisan modal politik?” kata Anwar pada ceramah malam tadi.

(Diambil daripada artikel Free Malaysia Today, “Dakwaan Berkait ‘Kristianisasi’, CCM Bidas Muhyiddin” bertarikh 18 November 2022)
Baca Juga : 
Muhyiddin tuduh Pakatan Harapan bawa agenda Yahudi, Kristian
Mamat Exists akhirnya dapat gelaran Datuk
Cabaran Rafizi disambut, Tuan Ibrahim fail saman fitnah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *