Majlis belum mula, tetamu desak pekerja katering bungkus lauk kenduri undang reaksi netizen

Photo of author

By Joe

Majlis belum mula, tetamu desak pekerja katering bungkus lauk kenduri undang reaksi netizen. Sudah menjadi kebiasaan dalam sebuah majlis khususnya majlis perkahwinan para tetamu bakal dijamu dengan seleksi lauk-pauk dan juga pelbagai juadah.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang tetamu yang merupakan seorang wanita dilihat bertikam lidah dengan pekerja katering gara-gara mahu membungkus lauk-pauk kenduri seawal jam 10.30 pagi.

Menerusi perkongsian TikTok @wan_takaful, mak cik ini memaklumkan kepada pekerja katering berkenaan beliau berhak mengambilnya kerana sekadar mengambil cuma satu bungkusan.

Majlis belum mula, tetamu desak pekerja katering bungkus lauk kenduri undang reaksi netizen

Sementara itu, pekerja katering ini tidak membenarkannya serta memaklumkan perlu mendapat persetujuan pihak manager dan juga tuan rumah terlebih dahulu.

“Tuan rumah kan dah bayar, takkan satu bungkus lauk pun tak boleh nak tapau?” soal mak cik ini kepada pekerja katering berkenaan.
@wan_takaful Time tengah record video lauk pengantin, tibe2 dengar kecoh2 pasal ni ❗️ #fypシ #tapau #bungkus #kenduri #makcikbawang ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Situasi yang berlaku ini turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan mak cik ini. Malah, terdapat netizen yang berang mak cik ini tergamak melakukannya seawal jam 10.30 pagi di saat masih ramai tetamu yang belum tiba.

Majlis belum mula, tetamu desak pekerja katering bungkus lauk kenduri undang reaksi netizen

Majlis belum mula, tetamu desak pekerja katering bungkus lauk kenduri undang reaksi netizen

Baca Lagi:
Kecoh lelaki sado menangis buat report anak ayam hilang, polis tak jadi ketawa selepas dapat tahu kisah sebenar
Budak asal Kelantan mata berwarna biru, ibu bapa puas kaji salasilah keluarga
‘Jumpa dalam hutan, ingatkan anak kucing rupanya anak ‘black panther’ yang hampir mati’- Lelaki bela hingga besar baru perasan bukan kucing