Majlis akad nikah depan jenazah ibu buat ramai sebak.
Tular satu video di media sosial menunjukkan pasangan pengantin bernikah di hadapan jenazah ibunya.
Kelihatan pengantin perempuan keluar dari bilik dan diiringi keluarga.
Dalam persalinan gaun putih, pengantin perempuan tidak dapat menahan tangisan.
Sementara itu, meka akad nikah sudah tersedia di ruang tamu rumah, berhadapan sebuah keranda hijau.
Dia kemudian diminta untuk menandatangani surat nikah, juga dilakukan di hadapan jenazah.
Pengantin itu diangkat semula setelah majlis akad nikah disempurnakan.
Kejadian dipercayai berlaku di Indonesia, dan difahamkan pernikahan yang dijadualkan dua minggu lagi disegerakan.
Setakat ini, tiada butiran lanjut berhubung insiden tersebut.