Majikan hanya bagi cuti 2 hari isteri bersalin, suami terkejut balik kerja lihat isteri meninggal sebelah bayi

Majikan hanya bagi cuti 2 hari isteri bersalin, suami terkejut balik kerja lihat isteri meninggal sebelah bayi

Majikan hanya bagi cuti 2 hari isteri bersalin, suami terkejut balik kerja lihat isteri meninggal sebelah bayi. Tular baru-baru ini seorang lelaki meluahkan rasa kecewa kerana dia hanya diberikan cuti paterniti selama dua hari oleh majikan dan isterinya disahkan meninggal dunia selepas empat hari melahirkan anak mereka.

Hanya 2 hari cuti paterniti

Menerusi beberapa hantaran di Facebook (FB), Exly Jailon mendedahkan bahawa dia hanya diberikan cuti paterniti selama dua hari untuk menjaga isterinya, bagaimanapun dia terpaksa akur dengan arahan majikannya dan tetap bekerja.

Majikan hanya bagi cuti 2 hari isteri bersalin, suami terkejut balik kerja lihat isteri meninggal sebelah bayi

Lebih memilukan sewaktu pulang dari kerja, dia mendapati isterinya sudah lagi tidak bernyawa bersebelahan bayinya yang baru empat hari dilahirkan.

Saya mati-mati bekerja dengan syarikat kamu, gara-gara itulah saya bekerja. Saya buka sahaja pintu dan nampak mendiang isteri saya sudah kaku tidak bernyawa! Kamu faham tak perasaan saya?

Kamu boleh bayangkan, balik dari kerja isteri sudah tidak bernyawa dan anak yang baru lahir berusia empat hari menangis tidak dapat menyusu.

Dalam pada itu, lelaki berasal dari Sabah ini juga turut mendedahkan bahawa sepanjang tempoh berkabung dia juga tidak dibayar gaji.

Lebih baik saya cuti tanpa gaji sahaja untuk jaga mendiang isteri dahulu. Orang cuti berkabung pun kena ‘non pay leave’.

Masa isteri saya bersalin, kamu suruh juga datang kerja, bila isteri saya sudah meninggal kamu senang-senang cakap ‘kami turut bersedih dengan pemergian isteri kamu’.

Respon netizen

Majikan hanya bagi cuti 2 hari isteri bersalin, suami terkejut balik kerja lihat isteri meninggal sebelah bayi

Majikan hanya bagi cuti 2 hari isteri bersalin, suami terkejut balik kerja lihat isteri meninggal sebelah bayi

Majikan hanya bagi cuti 2 hari isteri bersalin, suami terkejut balik kerja lihat isteri meninggal sebelah bayi

Majikan hanya bagi cuti 2 hari isteri bersalin, suami terkejut balik kerja lihat isteri meninggal sebelah bayi

Majikan hanya bagi cuti 2 hari isteri bersalin, suami terkejut balik kerja lihat isteri meninggal sebelah bayi

Menjengah ke ruagan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan dugaan yang menimpa lelaki tersebut dan menasihatinya agar memfailkan saman terhadap majikan yang disifatkan tidak berperikemanusiaan itu. Malah ada di antara mereka yang berbesar hati untuk memberikan sumbangan kos guaman.

Baca Lagi:
Mahkamah arah robohkan kubah masjid, orang ramai mula berkumpul tunjuk perasaan
“Hari-hari ada duit syiling, hari ini aku buang, esok ada lagi”, peniaga durian keliru nak kutip ke tak
Warga emas cuba nasib jual telefon lama jenis Nokia untuk beli beras buat ramai sebak
CATEGORIES