Main pistol dalam rumah tertembak rakan sendiri, anggota polis dipenjara 2 tahun denda RM10,000

Photo of author

By Joe

Main pistol dalam rumah tertembak rakan sendiri, anggota polis dipenjara 2 tahun denda RM10,000. Seorang anggota polis dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah menyebabkan kematian akibat kecuaian terhadap rakan sekerjanya pada Mei 2021.

Hakim Datuk Christopher Chin Soo Yin menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Mohamad Nur Alif Mazlan, 27, di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian ke atas Norhalim Tumiran, 25, antara jam 5.45 petang hingga 6.30 petang pada 6 Mei 2021 di rumah sewanya di Permai, di sini.

Beliau turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 6 Mei 2021.

Pada April 2021, tertuduh yang berasal dari Negeri Sembilan bersama-sama dua rakannya baru sahaja menamatkan latihan polis dan melaporkan diri bertugas di Balai Polis Sibu Jaya.

Main pistol dalam rumah tertembak rakan sendiri, anggota polis dipenjara 2 tahun denda RM10,000

Mereka menyewa sebuah rumah berkembar satu tingkat di Permai.

Kira-kira jam 5.45 petang, 6 Mei 2021, mangsa singgah di rumah sewa tertuduh untuk menjamu selera.

Sementara menunggu, mangsa dan seorang lagi rakan mereka dikenali sebagai Amirulizwan Sulaiman bermain permainan video di ruang tamu.

Namun tidak lama selepas itu, Amirulizwan melihat tertuduh keluar dari biliknya dengan membawa pistol yang kemudian disusuli dengan bunyi tembakan, sebelum melihat kepala mangsa berdarah lalu dan terbaring mati.

Berdasarkan keterangan Amirulizwan, tertuduh tidak menyedari pistol itu mengandungi peluru.

Seramai 17 saksi memberi keterangan bagi perbicaraan kes itu.

Tertuduh diwakili peguam bela, Ranbir Singh manakala pendakwaan kes oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mark Kenneth Netto.

Baca Lagi:
Nad Zainal sah nikah dengan Ungku Ismail, kenali latar belakang siapa sebenarnya lelaki ini
Menantu pelik tandas rumah mak mertua selalu berlendir, akhirnya terbongkar satu rahsia
Kazar dah mula meroyan, ini jawapan padu Puteri Sarah