Main bunga api melebihi pukul 12 tengah malam akan dikenakan tindakan

Main bunga api melebihi pukul 12 tengah malam akan dikenakan tindakan

Main bunga api melebihi pukul 12 tengah malam akan dikenakan tindakan. Bermain bunga api melebihi pukul 12 tengah malam boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336] yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100 atau tindakan lebih tegas.

Amaran itu diberikan Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin yang turut menegaskan bunga api merupakan bahan letupan dikategorikan sebagai Dangerous Good Cargo (DGC) dan Hazard Class Division (HCD) 1.4g

Main bunga api melebihi pukul 12 tengah malam akan dikenakan tindakan

“Bermain bunga api hendaklah membakarnya di kawasan lapang agar tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat.
“Bermain bunga api melebihi pukul 12 tengah malam yang mendatangkan gangguan atau bahaya kepada orang lain juga merupakan satu kesalahan di mana tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336].
“Tindakan lebih tegas pula sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noorsiah, seluruh masyarakat terutama ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak-anak ketika bermain bunga api, bertanggungjawab serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan bunga api dalam mana-mana sambutan perayaan.

Baca Lagi:
Patutlah View Chin sanggup bagi hadiah kereta mewah, rupanya ini latar belakang Mira bukan calang-calang orang
Plot twist: Akhirnya View Chin dedah pasal Ahmoi selepas kantoi cium dengan Mira
Aku izinkan suami berpoligami dengan isteri muda bergetah, tiba-tiba malam pertama dia meroyan nak aku balik, rupanya…
CATEGORIES