Mahu menikmati pemandangan indah, mak cik 60 tahun panjat pencawang telefon

Mahu menikmati pemandangan indah, mak cik 60 tahun panjat pencawang telefon

Mahu menikmati pemandangan indah, mak cik 60 tahun panjat pencawang telefon. Seorang warga emas di Chiang Rai, Thailand berjaya diselamatkan selepas memanjat sebuah menara telefon kerana ingin menikmati pemandangan indah, lapor portal berita Coconuts.

Dalam kejadian Khamis lalu, wanita berumur dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun itu memanjat ke puncak menara tersebut sambil memakai pakaian tradisional Thai. Pakaian itu diperbuat daripada kain sutera hitam dan merah jambu.

Menara telefon yang terletak di Kampung Ban Santan Leuang itu setinggi 100 meter.

Mahu menikmati pemandangan indah, mak cik 60 tahun panjat pencawang telefon

Pasukan dari Balai Polis Chiang Rai serta sukarelawan penyelamat daripada Persatuan Kebajikan Awam Chiang Rai kemudian tiba di lokasi kejadian dan cuba memujuk wanita berkenaan turun ke bawah.

Namun, mereka akhirnya terpaksa memanjat menara itu bagi menyelamatkan mangsa.

Wanita itu memberitahu, kakinya berasa sakit. Keadaan itu membuatkan dia tidak dapat turun ke bawah.

Dia kemudian meminta sepasang kasut untuk dipakai dan bersetuju turun ke bawah selepas permintaannya dipenuhi.

Beberapa penduduk kampung berkata, wanita berkenaan ialah penduduk setempat dan menunjukkan gejala mengalami gangguan mental.

Baca Lagi:
Seram! Wanita syok berjoget buat TikTok sekali hantu muncul di tangga belakang
Tukang masak istana dedah menu makanan harian YDP Agong dan Permaisuri selalu makan buat ramai terkejut
“Bapa mertua cakap saya menantu tak guna sebab tak pandai masak kari, depan keluarga belah saya diorang baik sangat sampai keluarga cakap saya beruntung dapat mertua yang baik”
CATEGORIES