Mahkamah bebaskan Mak nyah dari tuduhan samun anggota polis

Mahkamah bebaskan Mak nyah dari tuduhan samun anggota polis

Mahkamah bebaskan Mak nyah dari tuduhan samun anggota polis.

Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini melepas dan membebaskan seorang lelaki yang mempunyai perwatakan wanita daripada tuduhan menyamun seorang anggota polis dalam kejadian pada 17 Jun 2020.

Menurut laporan BH Online, terdahulu Nidsmar Jalal didakwa menyamun anggota polis berusia 45 tahun yang juga berpangkat lans koperal berjumlah RM300.

Hakim Ummu Kalthom Abd Samad membuat keputusan demikian tanpa memanggil Nidsmar membela diri setelah mendapati tiada kes prima facie terhadap tertuduh.

Mahkamah bebaskan Mak nyah dari tuduhan samun anggota polis

Lelaki berusia 23 tahun itu berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, selain denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Perbicaraan kes itu bermula pada 28 Januari 2021 dengan tujuh saksi dipanggil pihak pendakwaan sebelum menutup kes pada 31 Mac tahun ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Adibah Saiful Bahri, manakala Nidsmar yang bekerja sebagai tukang urut diwakili peguam Datuk Seri Rakhbir Singh.

Mahkamah bebaskan Mak nyah dari tuduhan samun anggota polis

Menerusi hujahan peguam, anggota polis berusia 45 tahun itu tidak pasti sama ada laporan polis yang dibuatnya terhadap Nidsmar adalah salah.

Rakhbir berkata, tiada kejadian samun berlaku terhadap anggota polis berkenaan seperti yang dilaporkannya, sebaliknya mendakwa ia hanya rekaan.

Berdasarkan hujahan lagi, anggota polis yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu datang mencari Nidsmar di sebuah di premis di Bandaran Berjaya selepas berbual di aplikasi WeChat.

Tambah Rakhbir, anggota polis berkenaan cuba menunjukkan dirinya tidak bersalah selain menjadikan Nidsmar sebagai mangsa kononnya tertuduh menyamunnya.

Baca Lagi:

DG Noor Hisham dedah perkara sebenar pasal Najib Razak dibawa ke hospital

[VIDEO] Ular masuk dalam telinga wanita, mulut ternganga

KJ nafi Najib akan ke IJN, banduan perlu terima rawatan di hospital kerajaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *