Macam mana nak tukar tempat mengundi? Alaaa, senang je…nak buat secara online pun boleh!

Macam mana nak tukar tempat mengundi? Alaaa, senang je…nak buat secara online pun boleh!

Macam mana nak tukar tempat mengundi? Alaaa, senang je…nak buat secara online pun boleh! Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi sebuah video menjelaskan cara-cara kepada individu yang mahu menukar tempat mengundi mereka.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial SPR, perkara pertama yang pengundi perlu lakukan adalah dengan menukar alamat pada kad pengenalan.

“Tukar dulu alamat pada kad pengenalan. Pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dulu dan tukar alamat,” kata SPR menerusi perkongsian video itu pada Ahad.

Macam mana nak tukar tempat mengundi? Alaaa, senang je...nak buat secara online pun boleh!

Tambah SPR, selepas selesai menukar alamat pada kad pengenalan, pengundi boleh membuat permohonan menukar tempat mengundi di laman sesawang myspr.spr.gov.my.

Menurut SPR, mana-mana individu yang belum mempunyai akaun di laman sesawang SPR perlu membuat permohonan baharu terlebih dahulu.

“Buat akaun dulu. Bila akaun kita sudah aktif barulah boleh buat pertukaran bahagian pilihan raya. Senang, dalam talian sahaja jangan buat minit-minit akhir,” ujar SPR.

Kata SPR, waktu ini adalah yang terbaik untuk melakukan pertukaran tempat mengundi kerana baru selesai pilihan raya.

“Sekaranglah masanya untuk tukar. Janganlah bila nak mengundi dah bubar (Parlimen atau Dewan Undangan Negeri) baru nak tukar,” kata SPR.

Baca Lagi:
Abby Abadi bahan Syuk Sahar depan-depan, terus berubah air muka
Wanita ini bernazar ingin kahwin kalau Anwar Ibrahim jadi PM10, akhirnya terpaksa minta tolong orang ramai cari jodoh segera
Nelayan jumpa muntah paus seberat 30kg bernilai cecah RM5 juta, mahu bersara awal jadi nelayan
CATEGORIES