Macam mana kita nak tahu ada kanser? Ini jawapan doktor yang perlu anda tahu. Bagaimanakah cara kesan kanser pada tubuh badan manusia? Persoalan ini acap kali timbul dalam kalangan masyarakat, yang sememangnya mempunyai kesedaran betapa bahayanya penyakit kanser jika tidak diberikan rawatan.
Menurut Doktor Erna Nadia, kanser merupakan ‘pembunuh senyap’ pada tubuh badan manusia, terutamanya jika anda mengabaikan simptom-simptom yang dirasa. Jadi, bagi mengetahui cara untuk mengesan kanser, ikuti penjelasan beliau di bawah!
CARA KESAN KANSER
‘Doktor, macam mana nak tahu kita ada kanser?’
Soalan yang baik.
Kanser adalah silent killer. Jika kita abaikan simptom yang kita rasa.
- Kadang tu ada rasa benjol sikit, tapi kita pilih untuk abaikan.
- Kadang tu selalu sakit dada, tapi kita pilih untuk abaikan.
- Kadang tu kerap juga demam atau tak lalu makan untuk jangka masa lama, tapi kita pilih untuk abaikan.
- Kadang tu selalu muntah, tapi kita masih kata itu angin.
Lakukan pemeriksaan kesihatan dan darah
Tidak ada cara untuk kesan kanser melainkan dengan pemeriksaan kesihatan dan darah. Dari situ baru boleh tahu ada masalah dan proses untuk kenalpasti bermula.
Setelah tahu punca, barulah kita akan tahu bagaimana cara untuk merawat ia.
Tiada ‘highway’.
Nasihat saya hentikanlah mencuba kaedah yang bukan di bidang perubatan.
Kasihan juga bila dah merebak, akhirnya menyerah diri juga ke hospital. Bila sudah di end stage atau merebak ke bahagian lain, prognosis untuk sembuh amat tipis.
Bertanyalah kepada pejuang-pejuang kanser. InshaAllah ramai yang telah berjaya harungi kimoterapi, radioterapi dan pembedahan walaupun semasa proses itu semua tidak mudah.
Sokongan keluarga dan kawan kawan sangat penting, selain kekuatan diri perlu hebat. InshaAllah.
Paling penting, jika rasa sesuatu tidak kena, dapatkan pemeriksaan dari doktor yang bertauliah. Biar terlebih rawat dari terkurang risau sebab kesihatan itu mahal maharnya.
Dr Erna Nadia.