‘Macam duit rompakan, lelaki jadi kaya jumpa beg berisi duit syiling 1 juta semasa mengemas rumah bapa mertua. Sebuah keluarga yang sedang membersihkan rumah mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat, secara tidak sengaja menemui beberapa beg berisi sejuta duit syiling.
John Reyes berkata, dia sedang membersihkan rumah bapa mentuanya ketika menemui duit berkenaan.
Beg-beg berkenaan masih belum pernah dibuka.
“Saya dihubungi oleh beberapa pengumpul syiling atau mereka yang pakar dalam bidang ini dan berdasarkan beberapa soalan yang diajukan kepada saya, seperti mempunyai beg tersegel dengan timah atau beg dari bank yang tidak dikenali, mengetahui bahawa syiling-syiling ini sekurang-kurangnya berusia 40 tahun atau lebih.
“Saya menerima maklum balas daripada beberapa pengumpul yang memberitahu saya bahawa ia tidak sepatutnya dijual sehingga kita tahu apa yang sedang berlaku,” United Press International (UPI) memetik kenyataan Reyes ketika ditemu bual FOX 11.
Menurut New York Post, keluarga terbabit mendakwa bahawa syiling-syiling itu diperbuat daripada tembaga dan bukan zink.
Reyes menyiarkan iklan menjual syiling-syiling berkenaan di OfferUp, sebuah laman sesawang jual beli, dengan harga AS$25,000 (kira-kira RM115,000).
“Nilainya terletak pada keunikan,” katanya.