Macam drama ‘Money Heist’, perompak bersenjata bawa lari 20 kontena penuh dengan emas & perak

Macam drama ‘Money Heist’, perompak bersenjata bawa lari 20 kontena penuh dengan emas & perak

Macam drama ‘Money Heist’, perompak bersenjata bawa lari 20 kontena penuh dengan emas & perak.

Sekumpulan perompak lengkap bersenjata merompak 20 kontena barang termasuk kontena berisi emas dan perak di pelabuhan barat Mexico.

Bawa lari 20 kontena

Macam drama ‘Money Heist’, perompak bersenjata bawa lari 20 kontena penuh dengan emas & perak

Gambar hiasan

Menurut Mexico News Daily, rompakan tersebut merupakan antara yang terbesar pernah berlaku di Mexico kerana mereka hanya mengambil masa lebih kurang 10 jam untuk mencuri. Difahamkan, sekumpulan perompak tersebut terdiri daripada 12 hingga 15 orang tiba di premis syarikat Maniobras Alonso Mireles (MAM) pada awal pagi.

Pihak berkuasa tidak menerima apa-apa laporan mengenai rompakan tersebut sehingga jam 10.00 pagi ketika itu rompakan terbabit sudah selesai dilakukan.

Ketika kejadian, sekumpulan lelaki itu telah mengalahkan pengawal keselamatan yang mengawal kawasan berkenaan sebelum bertindak mengurung mereka bersama dengan pekerja lain di sebuah bangsal.

Kemudiannya, mereka memecah masuk 50 kontena perkapalan serta dipercayai memeriksa terlebih dahulu isi kandungan sebelum mengambil 20 kontena dan diletakkan ke dalam trak lalu keluar daripada premis terbabit.

Kontena yang diambil dipercayai mengandungi emas, perak dan zink scara pukal bersama-sama dengan televisyen. Bagaimanapun, jumlah nilai keseluruhan yang telah dicuri masih belum dikenal pasti.

Perompak sangat teliti

Macam drama ‘Money Heist’, perompak bersenjata bawa lari 20 kontena penuh dengan emas & perak

Gambar hiasan

Menurut jurucakap keselamatan negeri, Gustavo Adrian Joya, kejadian berkenaan berada diluar jangkaan dan pihaknya menyaksikan kes kecuriaan kontena secara sporadik sebelum ini, namun belum pernah dalam jumlah yang begitu besar seperti kes ini.

Perompak-perompak berkenaan amat teliti tentang jenis barang yang mereka curi seperti logam berharga dan barangan lain.

Dalam pada itu, Ketua Kastam Nasional, Horacio Duarte Olivares mengatakan bahawa kawasan rompakan itu adalah di luar kawalan Tentera Laut Mexico yang diberi tanggungjawab untuk mengawal keselamatan pelabuhan-pelabuhan negara itu.

Susulan daripada kejadian berkenaan, Pejabat Pendakwa Raya Awam menyatakan bahawa pihaknya akan membuka kertas siasatan.

Baca Lagi:

Budak viral nangis masa Malaysia kalah, dapat hadiah istimewa dari Safiq Rahim

Rakaman tentera laut terjumpa kapal karam yang berisi penuh dengan emas, hasilnya amat mengejutkan

Tular video pemain skuad Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam

CATEGORIES