‘Macam ada tiga mulut’, kapsyen wanita ini jadi perhatian netizen, rupanya ini yang terjadi pada matanya

‘Macam ada tiga mulut’, kapsyen wanita ini jadi perhatian netizen, rupanya ini yang terjadi pada matanya

‘Macam ada tiga mulut’, kapsyen wanita ini jadi perhatian netizen, rupanya ini yang terjadi pada matanya. “Macam ada tiga mulut,” itu kapsyen lucu Ayu Nurwandira Roman yang berkongsi pengalaman matanya membengkak kerana alahan ubat yang mendapat perhatian netizen di TikTok kerana wanita itu menyamakan dua matanya seperti mulut.

Video dikongsi Ayu Nurwandira, 27, di akaun media sosial itu, kelmarin meraih sehingga 1.8 juta tontonan dan ribuan komen netizen yang terhibur dengan kapsyen lucu kakitangan sebuah institusi kewangan itu.

Malah, ada juga netizen menyamakannya dengan watak kartun ‘gyokko demon slayer’ yang mempunyai mulut di bahagian matanya, namun wanita yang berasal dari Wangsa Maju, di sini, mengakui tidak mengambil hati dengan usikan nakal itu.

'Macam ada tiga mulut', kapsyen wanita ini jadi perhatian netizen, rupanya ini yang terjadi pada matanya

Ayu Nurwandira berkata, dia memang mempunyai alahan dua jenis ubat dan selepas temujanji di klinik gigi dia disarankan makan ubat tahan sakit jenis lain kerana sebelum ini dia tidak pernah mengalami alahan untuk ubat jenis itu.

Menurutnya, tidak lama selepas itu dia mula berasa gatal dan ada bintik-bintik di matanya sebelum dalam masa 30 minit dia terasa penglihatan kurang jelas sebelum mata membengkak.

“Keluarga kemudian bawa saya ke hospital dan doktor berikan ubat dan pantau keadaan saya kerana mereka bimbang saya akan sesak nafas. Ketika itu barulah saya tahu yang saya tak boleh makan ubat jenis itu juga,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, matanya membengkak selama tiga hari dan kini keadaannya sudah kembali pulih dan normal seperti biasa, namun ‘penderitaan’ tiga hari itu tidak akan dilupakannya dengan nikmat penglihatan yang terhad.

“Hari pertama memang agak sakit dan pedih serta gatal, malah dalam perjalanan ke hospital ketika itu penglihatan saya boleh dikatakan 95 peratus sudah hilang. Nak makan dan melihat memang tidak selesa, malah cuci muka dan ambil wuduk juga sakit bila terpegang bengkak di mata.

“Apabila tengok di cermin saya terkejut dan rasa lucu kerana nampak muka saya seperti ada tiga mulut dan mata membengkak itu seperti bibir yang tebal,” katanya.

Katanya, dia berkongsi video di TikTok hanya suka-suka selain kesedaran untuk netizen supaya peka jika mempunyai alahan ubat tertentu, namun tidak menyangka ia akan mendapat perhatian netizen yang turut mendoakan kesembuhannya.

“Saya terhibur baca komen netizen ada yang bergurau minta saya suap nasi, pakai gincu dan bagi straw pada mata bengkak yang saya cakap seperti mulut itu, malah ada samakan saya seperti Nobita selepas buka cermin mata yang membuatkan saya terhibur, namun mereka mendoakan saya kembali sihat.

“Secara tidak langsung video itu juga membuatkan saya perasan ramai komen ada alahan seperti saya and ramai juga yang nak tahu mengenai alahan. Saya rasa ramai masih tak sedar mengenai alahan dan bahayanya jadi video saya membantu orang ramai peka terhadap situasi itu,” katanya.

@ayunrwndraMcm tu la hidup….

♬ bunyi asal – Aliff 🦐

Baca Lagi:
Tinggal kerjaya engineering, mek kelatey nak cepat kaya jual kuih cek mek molek depan rumah je, sebulan dapat RM10,000
Jurulatih import pernah melatih skuad kebangsaan kena pecat, kini hidup merana tidur dalam kereta
Doktor sahkan sudah meninggal dunia, tapi bila jenazah dibawa balik rumah bunyi berdengkur seperti orang tidur lena, rupanya ini yang berlaku
CATEGORIES