“Macam ada sesuatu yang tarik”- Tular video 2 remaja perempuan mati lemas ketika mandi di air terjun. Malang tidak berbau. Siapa sangka dalam kegembiraan kita bermandi-manda bersama rakan dan keluarga, tiba-tiba berlaku kejadian yang tidak diingini.
Itulah yang berlaku dalam satu insiden di negara seberang di mana dua remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan mati lemas semasa berenang di Air Terjun Jami, Kabupaten Maros di Sulawesi Selatan, Indonesia.
Video detik-detik kejadian tersebut menjadi viral di media sosial. Kejadian itu juga diketahui dirakam oleh rakan mangsa yang kini video tersebut telah tersebar luas di laman X.
Dalam video tersebut, pada mulanya tujuh orang remaja sedang berenang dan berpegangan tangan membentuk bulatan di dekat air terjun. Mereka kelihatan gembira dan ketawa sebelum akhirnya mereka cuba untuk berbaring di atas air sambil masih berpegangan tangan.
Namun, pada satu ketika, pegangan mereka terlepas yang menyebabkan kesukaran kepada mangsa untuk terus berenang dan akhirnya tenggelam.
Viral di media sosial detik-detik remaja perempuan tenggelam saat berenang di air terjun. Detik-detik korban tenggelam masih sempat direkam video oleh rekan korban.
Disebutkan peristiwa itu terjadi di Air Terjun Jami, Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan (Sulsel) pada Jumat (12/7) pic.twitter.com/6BRxjvz5Yb
— CREEPY & DISTURBING INDONESIA (@creepy_room_) July 14, 2024
Menurut Detik Sulsel, kedua-dua mangsa tidak berjaya diselamatkan dan ditemui meninggal dunia pada Sabtu pagi yang lalu.
Kedua-dua mangsa ditemui di kedalaman kira-kira 5 meter. “Kemungkinan ketika mereka tenggelam, mereka tersepit di antara batu,” kata ketua pasukan penyelamat.
Seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian memberitahu bahawa pada mulanya terdapat 8 orang yang pergi ke Air Terjun Jami, tetapi hanya 6 orang yang mandi (dalam video terlihat 7 orang), termasuk dua orang mangsa.
Mayat kedua-dua mangsa diketahui telah dibawa ke Rumah Sakit Maros dan ahli keluarga mangsa dilaporkan bersedih dengan kejadian ini.
Posting di laman X mengenai kejadian ini turut mendapat pelbagai komen daripada netizen, yang kebanyakan mengungkapkan perasaan sedih dengan kejadian tersebut dan memberikan nasihat kepada orang ramai untuk berhati-hati ketika berenang di tempat-tempat yang berbahaya.
Al-Fatihah buat mangsa yang terkorban.