Lucu! Setelah ditahan polis, lelaki dakwa cuma nak curi tali kambing, tak tahu kambing ikut sekali

Lucu! Setelah ditahan polis, lelaki dakwa cuma nak curi tali kambing, tak tahu kambing ikut sekali

Lucu! Setelah ditahan polis, lelaki dakwa cuma nak curi tali kambing, tak tahu kambing ikut sekali.

Baru-baru ini tular satu video di Indonesia yang memaparkan seorang lelaki didakwa mencuri seekor kambing ditangkap oleh pihak polis.

Menerusi video yang tular di Twitter dan Instagram, lelaki tersebut dilihat telah digari dan berada di dalam sebuah kereta polis.

Semasa disoal siasat oleh polis, lelaki tersebut memberikan jawapan yang tidak masuk akal dan melucukan, lapor Tribun Medan.

Lucu! Setelah ditahan polis, lelaki dakwa cuma nak curi tali kambing, tak tahu kambing ikut sekali

Menurutnya, dia pada mulanya hanya mahu mengambil tali yang diikat pada kambing dan tidak berniat untuk mencuri haiwan itu.

Tetapi setelah tali sepanjang tiga meter itu ditarik, rupa-rupanya ada seekor kambing yang diikat padanya.

“Saya baru sahaja nak mencuri tali itu tuan (polis) tetapi seekor kambing terikat padanya,” katanya.

“Itu namanya mencuri kambing,” jerit seorang polis.

Bagaimanapun, lelaki itu meneruskan ‘hujahnya’ dan berkata bahawa dia tidak berasa seperti mencuri kambing tetapi hanya mencuri tali.

Lucu! Setelah ditahan polis, lelaki dakwa cuma nak curi tali kambing, tak tahu kambing ikut sekali

“Saya tidak tahu ada kambing di hujungnya,” dakwanya.

Memetik laporan Tribun Medan, lelaki itu tetap dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Pun begitu, maklumat lanjut mengenai bagaimana lelaki itu ditangkap dan di mana kejadian itu berlaku tidak dinyatakan.

Baca Lagi:

Kenaikan kos dedak, kambing aqiqah, korban cecah RM1,500 seekor

[VIDEO] 4 maut dirempuh van ambulans terbabas di kaunter tol berpunca dari seekor kambing

Bunyi kambing lain macam, pakcik ni kantoi rogol kambing dalam kandang

CATEGORIES