Lubang gergasi ditengah bandar dibaik pulih dalam masa 48 jam sahaja

Lubang gergasi ditengah bandar dibaik pulih dalam masa 48 jam sahaja

Lubang gergasi ditengah bandar dibaik pulih dalam masa 48 jam sahaja.

“ADAKAH KITA BOLEH TANDINGI?..”JEPUN BAIKPULIH ‘LUBANG GERGASI’ DALAM MASA 48 JAM SAHAJA

Persimpangan lampu isyarat di selatan bandar Fukuoka yang runtuh pada 8 November lalu kesan dari projek pembinaan kereta api bawah tanah, kini telah kembali dibuka hari ini untuk kegunaan orang ramai.

Hasil usaha dan tindakan pantas para pekerja yang terlibat dipuji netizen kerana berjaya membaikpulih persimpangan itu dalam masa seminggu sahaja.

Para pekerja bertungkus lumus membaiki persimpangan yang terjejas hanya dalam masa 48 jam sahaja

Lubang gergasi ditengah bandar dibaik pulih dalam masa 48 jam sahaja

Para pekerja yang terlibat bekerja bersungguh-sungguh tanpa henti selama seminggu, memasukkan sejumlah besar simen basah dan pasir ke dalam lubang gergasi itu, selain beberapa pekerja yang lain pula membaiki paip saliran air, gas dan menyambung semula sambungan kabel-kabel elektrik yang terjejas dalam kejadian itu.

Lapor The Guardian, pihak berkuasa tempatan sebenarnya hanya mengambil masa 48 jam untuk memulihkan kembali persimpangan itu.Bagaimanapun di atas faktor keselamatan, pihak terpaksa menangguhkan keputusan untuk membuka jalan itu kembali kerana struktur di bawah jalan tersebut masih belum kering 100%.

Bulldozer

Jalan berkenaan dibuka semula pada jam 5 pagi hari ini selepas keadaan jalan itu sudah benar-benar disahkan selamat.

Datuk Bandar Fukuoka, Soichiro Takashima dalam kenyataannya memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

“Kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Semua larangan akses pada bangunan berhampiran kawasan kejadian telah pun ditarik balik,” katanya.

Netizen di media sosial melahirkan rasa kagum dengan tindakan pantas dari pihak berkuasa yang membaikpulih jalan yang rosak itu.

“Saya terkejut, jalan dibuka semula selepas seminggu. Ini sangat mengagumkan, pantas!” kata seorang pengguna di laman Twitter.

Baca Lagi:
Duit banyak simpan dalam stor, terpaksa panggil sekampung bantu tolong kirakan
Wanita dan budak tercampak dari permainan ‘Sotong Ride’ taman tema Eco Grandeur
Nak pergi bercuti, kena letak duit syiling dalam peti sejuk,- Ini petua orang-orang dulu
CATEGORIES