Lubang gergasi dianggap ‘pintu ke neraka’ mula membesar 3 kali ganda

Photo of author

By Joe

Lubang gergasi dianggap ‘pintu ke neraka’ mula membesar 3 kali ganda. Sebuah lubang gergasi dikenali sebagai ‘pintu ke neraka’ telah membesar sebanyak tiga kali ganda saiz asalnya dalam tempoh 30 tahun di Siberia, Rusia, lapor portal berita Daily Star semalam.

Lubang itu telah menjadi tiga kali ganda lebih besar sejak tahun 1991 dan kini boleh dilihat dari angkasa lepas.

Ia pertama kali dikesan oleh penduduk tempatan di Yakutia.

Lubang gergasi dianggap 'pintu ke neraka' mula membesar 3 kali ganda

Mereka mendakwa mendengar bunyi ngeri seperti letupan kuat atau jeritan dari lubang itu.
Bunyi menyeramkan tersebut menyebabkan mereka menggelarnya sebagai ‘pintu ke neraka’ atau Batagay.

Tanah di lokasi itu membeku secara kekal sejak zaman ais, kira-kira 2.58 juta tahun lalu.

Apabila kawasan hutan itu mula dibersihkan pada tahun 1960-an, cahaya matahari mula menyinari tanah, menyebabkan ia menjadi semakin panas.

Ahli geofizik dari Universiti Washington, Roger Michaelides, memberitahu Business Insider: “Saya rasa banyak yang boleh kita pelajari daripada Batagay tentang bagaimana ciri serupa mungkin berkembang di Artik.”

Baca Lagi:
Ini kesannya jika terlalu setia dengan bantal busuk
Bukan kaleng-kaleng, warganet terkejut UAI power dalam bab pesawat
Kecoh buaya gergasi muncul di Tasik Shah Alam