Lori bawa sardin terbalik, lebuh raya PLUS bertukar jadi warna merah

Lori bawa sardin terbalik, lebuh raya PLUS bertukar jadi warna merah

Lori bawa sardin terbalik, lebuh raya PLUS bertukar jadi warna merah. Sebuah lori membawa muatan sardin dilapor terbalik di Lebuhraya Utara Selatan dekat Kuala Kangsar yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan yang dipercayai berlaku kira-kira 1 petang di Kilometer 265.9 itu menyebabkan trafik terhenti lebih tiga kilometer selepas semua laluan terhalang.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kejadian itu menyebabkan lori terbabit terbalik dan merintangi laluan dengan muatan yang dibawa bertaburan di atas jalan.

“Laluan berkenaan telah ditutup sepenuhnya dan kenderaan dari arah utara telah dilencongkan keluar Plaza Tol Kuala Kangsar bagi memudahkan kerja-kerja pengalihan dilakukan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Anggota polis juga turut digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu aliran trafik untuk mengelakkan berlakunya kesesakan yang lebih teruk.

Twitter @Plustrafik dalam tweet terbarunya pada 1.24 petang memaklumkan bahawa laluan telah dibuka semula di Kilometer 267.0 hinggan 265.1 arah utara bagi mengurangkan kesesakan.

Lori bawa sardin terbalik, lebuh raya PLUS bertukar jadi warna merah

Bagaimanapun, aliran trafik dilaporkan masih bergerak dengan perlahan dan pengguna juga diminta untuk mematuhi papan tanda.

Video berkenaan kejadian itu turut menjadi viral di media sosial yang menunjukkan ribuan tin dan isi ikan sardin bertaburan di atas jalan. Keadaan permukaan jalan juga kelihatan bertukar menjadi wana merah, dipercayai akibat cairan sardin dalam tin yang tumpah.

Baca Juga : 

Lagi kes individu maut jatuh dari tingkat atas pusat beli-belah, kali ini di Kedah pula

Minah salleh fedup cari pantai tak jumpa, selamba berjemur tengah jalan Kuala Lumpur

Lelaki bunuh isteri depan anak, siap ajak anak sekali buang mayat ditempat pembuangan sampah

CATEGORIES