‘Lokimala jasamu dikenang’, gajah tertua di Malaysia mati pada usia 86 tahun

‘Lokimala jasamu dikenang’, gajah tertua di Malaysia mati pada usia 86 tahun

‘Lokimala jasamu dikenang’, gajah tertua di Malaysia mati pada usia 86 tahun. Gajah tertua di Malaysia, Lokimala dilaporkan telah ‘pergi’ buat selama-lamanya pada usia 86 tahun disebabkan sakit tua, semalam.

Berita meruntun jiwa ini telah dimaklumkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menerusi akaun rasmi X (@PERHILITAN).

“Pada 8 September 2023 jam lebih kurang 10.54 pagi, Lokimala telah menghembuskan nafas terakhirnya,” katanya.

'Lokimala jasamu dikenang', gajah tertua di Malaysia mati pada usia 86 tahun

Menurut PERHILITAN, usia kematiannya 86 tahun bersamaan dengan gajah tertua Taiwan yang juga diketahui mati pada usia 86 tahun yang dikenali ‘Lin Wang’.

Untuk makluman, Lokimala telah dibawa masuk dari Assam, India pada 22 Jun 1974, ketika berusia 27 tahun.

Gajah betina milik Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang telah menjadi gajah denak di pusat terbabit.

Sepanjang hayat Lokimala, gajah itu terlibat dalam operasi memindahkan lebih 150 ekor gajah liar di beberapa negeri.

Selain berjasa besar, gajah tersebut turut dikenali dengan sifatnya yang mudah dikawal, jinak, rajin dan bersaiz besar.

Memiliki jasa yang yang besar sepanjang berkhidmat sebagai gajah denak di PKGK
Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, Lokimala berkhidmat dengan Unit Kebajikan Gajah dan Unit Pengurusan Gajah sepanjang berada di Malaysia.

Jelasnya, Lokimala kemudiannya menyertai pasukan PKGK sebagai gajah denak. Haiwan ini terlibat dalam pelbagai operasi pemindahan gajah liar yang ditangkap di Semenanjung Malaysia.

Untuk makluman, gajah denak adalah gajah yang dilatih untuk memudahkan kerja-kerja pemindahan gajah liar yang mengganggu ketenteraman atau membahayakan keselamatan orang awam.

“Lokimala dibawa masuk ke negara ini bersama tiga lagi gajah dari India bernama Ganesh, Lal Bahadul dan Paul Bahadul bagi membantu kerja tangkapan dan pemindahan gajah liar oleh PKGK.
“Selain bertugas dalam operasi pemindahan gajah liar, Lokimala sebelum ini turut terbabit aktiviti pertunjukan untuk tontonan pelancong yang datang ke PKGK,” kata Che Ku pada hari ini.

Tambahnya, tahap kesihatan gajah berkenaan dilaporkan kurang memuaskan sejak beberapa tahun lalu. Oleh sebab itu, pihaknya mengambil keputusan untuk merehatkan Lokimala pada 2007, ditambah dengan faktor usianya yang semakin lanjut.

Selain itu, Che Ku memaklumkan bahawa seorang kakitangan ditugaskan menjaga sepenuhnya gajah tersebut. Antara tugasannya adalah menguruskan makanan, minuman, rawatan dan membersihkan tempat tinggal gajah betina itu.

“Tahap kesihatan Lokimala semakin menurun pada Khamis sehingga tidak dapat berdiri dan pernafasannya semakin perlahan, seterusnya mati kira-kira jam 10.54 pagi Jumaat serta ditanam dalam kawasan PKGK pada hari sama selepas bedah siasat,” katanya
Baca Lagi:
Suami aku terlalu “anak emak”, apa-apa barang nak beli untuk rumah kena bagitahu mak dulu, aku mengidam air soya RM2 pun mak mentua larang suami belikan katanya membazir
Restoran nasi ayam claypot viral tiba-tiba tutup selepas netizen dedah guna ‘rice wine’ dalam resipi
Hanya dengan 1 panggilan telefon, lelaki terselamat dari dihempap batu besar atas kereta
CATEGORIES