Lokasi persembuyian Jho Low didedah, tular gambar Jho Low bersama dua individu di restoran

Lokasi persembuyian Jho Low didedah, tular gambar Jho Low bersama dua individu di restoran

Lokasi persembuyian Jho Low didedah, tular gambar Jho Low bersama dua individu di restoran. Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa masih bersembunyi di China.

Perkara itu didedahkan penulis bersama buku ‘Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World’, Bradley Hope menerusi episod pertama program ‘Di Mana Jho Low’ yang disiarkan di platform aplikasi video Youtube hari ini.

Menerusi episod itu, Hope bersama seorang penulis, Tom Wright turut berkongsi sekeping gambar memaparkan Jho Low bersama dua individu tidak dikenali di sebuah restoran di Disneyland Shanghai.Hope berkata, gambar didakwa bertarikh 24 Disember 2019 itu diterimanya daripada sumber boleh dipercayai.

“Berdasarkan maklumat yang kita peroleh, Jho Low berada di China. Malah kita menerima gambar beliau sedang bercuti di Disneyland Shanghai.”Apa yang kita tahu bahawa Jho Low sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak,” katanya.

Lokasi persembuyian Jho Low didedah, tular gambar Jho Low bersama dua individu di restoran

Hope sebelum ini melancarkan kempen menjejak Jho Low dengan meminta orang ramai ahli perniagaan dalam buruan itu.

Beliau berkata, Jho Low adalah kepingan terakhir ‘teka teki’ selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dihantar ke penjara dan menggesa orang ramai berkongsi maklumat keberadaan Jho Low menerusi emel [email protected].

Mengulas lanjut, Hope berkata, kali terkahir Jho Low dilihat adalah pada tahun 2019 namun keberadaan lelaki itu tidak diketahui apabila pandemik COVID-19 melanda dunia.

“Ada antaranya mendakwa nampak Jho Low berparti di China, saya ingat ada satu parti ‘Victoria Secret’ di China.

Semua orang terkejut apabila Jho Low muncul di parti berkenaan.

“Bagaimanapun, dunianya semakin mengecil, Jho Low sebelum ini berlegar di China, Taiwan dan Thailand tetapi selepas Najib ditahan, Jho Low hanya berada di sekitar China.

Ada empat bandar raya dia sering luangkan masa,” katanya.

Difahamkan sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion diselewengkan daripada dana 1MDB oleh Jho Low dan beberapa pegawai peringkat tinggi yang menguruskan dana itu serta sekutu mereka.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba mengesan dan membawanya pulang ke negara ini, namun usaha pihak berkuasa itu setakat ini masih belum berhasil.

Jho Low berdepan saman AS$3.78 bilion atau RM16.82 bilion yang difailkan oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya.

Dengan pihak berkuasa Malaysia terus mencarinya, dia dilaporkan menawarkan penyelesaian tetapi Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan perkara itu ditolak.Laporan berita yang memetik sumber, mendakwa bahawa Jho Low menawarkan RM1.5 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan pertuduhan terhadapnya.

Baca Lagi:

Rosmah Mansor berhati syaitan!, Fazley Yaakod dan isteri dedah perbuatan terkutuk buat ramai netizen terkejut!

[VIDEO] Warga asing tunjuk isyarat lucah kepada anggota polis ketika malam merdeka dicekup

Lipan gergasi ditemui di tapak perlombongan di Kuantan

CATEGORIES