Lisdawati & Fauzi Nawawi bersanding kali kedua selepas 15 tahun berkahwin

Lisdawati & Fauzi Nawawi bersanding kali kedua selepas 15 tahun berkahwin.

Mahu merakam foto dalam keadaan menutup aurat, aktres Lisdawati naik pelamin dan bersanding buat kali kedua bersama suaminya yang juga aktor Fauzi Nawawi.

Menurut laporan Kosmo! Online, aktres berusia 44 tahun itu mengakui terkilan apabila foto perkahwinan yang dirakam 15 tahun lalu tidak dapat dikongsi kepada umum kerana masih belum berhijab.

View this post on Instagram

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

“Saya sudah lama merancang untuk mengambil foto baharu. Ketika berkahwin dengan suami 15 tahun lalu, saya masih belum dalam keadaan sempurna (menutup aurat). Jadi saya tak dapat kongsikan.
“Jadi hari ini (semalam), sempena meraikan majlis ulang tahun kelahiran yang ke-44, saya buat sekali majlis persandingan.
“Apa yang penting saya mahukan gambar perkahwinan sebagai kenangan,” kata pemilik nama lengkap Nisdawati Nazaruddin itu.

Lisdawati berkata, dia memilih persalinan berwarna biru lembut bagi ‘majlis pernikahan’ manakala busana songket putih untuk ‘resepsi’.

“Saya buat majlis serba ringkas sahaja, bukan secara besar-besaran. Momen gambar itu yang penting. Saya buat juga video untuk kenangan cucu dan cicit saya nanti.
“Jadi selepas ini, kalau nak guna gambar perkahwinan saya, boleh guna yang terkini,” ujar ibu kepada empat cahaya mata itu.

Sementara itu, dia turut berkongsi rahsia kekal bahagia bersama suami meskipun melalui fasa ‘turun naik’ dalam rumah tangga.

“Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui fasa yang sama. Apa yang membezakan adalah bagaimana untuk bertahan, bersabar dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah.
“Kami tidak berbincang depan-depan. Kalau ada masalah yang memerlukan kami berkomunikasi, saya dan suami akan bercakap menerusi mesej sahaja.
“Sebelum ini guna Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Kalau sekarang guna WhatsApp. Kami elak berjumpa kerana takut akan bertikam lidah.
“Jadi bila kedua-duanya sudah ‘sejuk hati’, baru kami akan bersemuka,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, aktres drama Tarik Aku Ke Syurga itu turut mempunyai empat orang anak tiri menerusi perkahwinan terdahulu Fauzi.

Baca Juga : 
Tak perlu lagi ‘thumbprint’, ini cara mudah tukar nama kenderaan secara ‘online’ guna IC je
Banglo ‘seram’ di Bukit Gasing akhirnya terjual dengan harga jakpot
3 hari diculik, lelaki dirogol secara bergilir-gilir dengan 3 wanita
CATEGORIES