Linda Rafar dituduh mandi bersama Ustaz Wadi Annuar di Pulau, ini respon tuan badan

Photo of author

By Joe

Linda Rafar dituduh mandi bersama Ustaz Wadi Annuar di Pulau, ini respon tuan badan. Penyanyi Linda Rafar menitipkan pesan agar tidak ada mana-mana pihak sengaja mencari masalah mendapat dosa ‘percuma’ dengan memfitnahnya.

Menurut Linda, baru-baru ini ada yang membuat tuduhan kononnya dia bersama dua individu lain bermandi-manda bersama penceramah bebas, Wadi Annuar Ayub.

Bagi membuktikan dia tidak terlibat, pelakon Litar Kasih itu memuat naik klip video dia dan rakannya berenang- bersama penyu di kawasan perairan di Terengganu.

Linda Rafar dituduh mandi bersama Ustaz Wadi Annuar di Pulau, ini respon tuan badan

Mereka berada di situ untuk menghadiri program kendalian Wadi Annuar.

“Hentikan fitnah terhadap kami, ini bukti semasa program Ustaz Wadi Annuar. Linda sewa bot persendirian untuk mandi bersama penyu ditemani @dianarafar dan @memeysuhaiza.
“Kami tak mandi bersama ustaz. Tolong jangan tuduh macam-macam nanti dapat dosa percuma, Allahu Akbar,” katanya.

Video itu memaparkan Linda dan Diana mandi menggunakan jaket keselamatan di sebuah pulau yang airnya biru dan jernih sambil ditemani seekor penyu.

Namun, Memey tidak mandi bersekali sebaliknya dia cuma duduk di atas bot dan merakam momen dirinya bersama kedua-dua selebriti itu.

Ini bukan spekulasi pertama mengaitkan penceramah bebas itu dengan selebriti.

Sebelum ini dia sempat menuai kecaman netizen selepas dilihat meraikan pasangan pengantin Janna Nick dan Dini Schatzmann di Langkawi, Kedah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Rafar (@lindarafar)

Baca Lagi:
“Alhamdulillah, Aidiladha tahun ini amat bermakna”, 3 sahabat terlepas tali gantung
Pemain piano Malaysia kongsi kejadian duitnya RM28 ditolak dalam akaun bank, tapi lain pula yang jadi terkantoi duit dalam akaun bank ada RM40 juta
Ramai terkejut gambar iPhone dan kasut Nike berada dalam lukisan berusia 350 tahun