
Lim Kit Siang pemimpin DAP yang pertama bakal dapat gelaran Tan Sri
Lim Kit Siang pemimpin DAP yang pertama bakal dapat gelaran Tan Sri. Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dijangka menerima gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-64 hari ini.
Difahamkan, Kit Siang, 82, yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di tujuh kawasan sejak 1969 hingga 2022, adalah pemimpin DAP pertama yang dianugerahkan dengan gelaran berkenaan.
Gelaran itu ialah darjah kebesaran persekutuan kedua tertinggi, selepas Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun.
Foto Kit Siang yang menghadiri raptai majlis penganugerahan darjah kebesaran itu dikongsi bekas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun di Facebook.
Berdasarkan muatnaik itu, Jeff Ooi memaklumkan bahawa Kit Siang melakukan raptai dengan menggelarkan bekas Pengerusi DAP itu sebagai Tan Sri.