Lim Kit Siang cadang PH, PN dan blok Borneo bergabung, tapi Anwar sebagai PM10

Lim Kit Siang cadang PH, PN dan blok Borneo bergabung, tapi Anwar sebagai PM10

Lim Kit Siang cadang PH, PN dan blok Borneo bergabung, tapi Anwar sebagai PM10. Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mencadangkan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Blok Borneo bergabung berada di bawah kepimpinan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Kit Siang dalam satu kenyataan di halaman blog rasminya hari ini berkata, gabungan tersebut perlu dibuat bagi membentuk sebuah kerajaan persekutuan rasmi yang baharu pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Malaysia kini berada dalam era baharu politik gabungan. Saya cadang kerajaan gabungan PH (82 kerusi), PN (73), dan Blok Borneo (35) di bawah pimpinan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri untuk membentuk sebuah gabungan.
“(Ia) bagi memulihkan kemerosotan Malaysia dan menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia dan untuk melawan rasuah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lim Kit Siang cadang PH, PN dan blok Borneo bergabung, tapi Anwar sebagai PM10

Beliau berkata demikian selepas melihat keputusan PRU15 pada semalam mendapati tiada majoriti yang direkodkan dalam mana-mana gabungan, sekali gus membuatkan Parlimen tergantung buat masa ini.

Menurut Kit Siang lagi, sekiranya tiga koalisi itu bergabung, ia akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat kerana mempunyai 190 orang Ahli Parlimen yang melebihi dua-pertiga dari 222 kerusi Parlimen.

Malah difahamkan, ia juga boleh meminda Perlembagaan Malaysia untuk mengembalikan hak-hak Sarawak dan Sabah kepada seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Dalam pada itu, Kit Siang turut berpendapat bahawa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya perlu berundur ekoran kekalahan terburuk yang disaksikan BN dalam pilihan raya kali ini.

“Gabungan UMNO dan Barisan Nasional telah menyaksikan kekalahan terburuknya dalam sejarah dan Zahid Hamidi patut meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO/BN.

“Beliau perlu memberi ruang untuk UMNO/BN untuk kembali kepada prinsip asal pembinaan negara yang dipegang oleh empat orang Presiden terawal UMNO dan tokoh-tokoh negara seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, Hussein Onn, Tan Cheng Lock, Tan Siew Sin, Dr Lim Chong Eu, dan V.T. Sambanthan,” ujar Kit Siang lagi.

Selain itu, Kit Siang berkata beliau pernah menasihati dua tokoh veteran politik tanah air, Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh untuk memainkan peranan sebagai penasihat dan tidak bertanding sebagai calon dalam PRU15 kali ini.

“Sekiranya mereka dengar nasihat saya, mereka pastinya akan dapat mengelakkan kejadian memalukan semalam. Saya telah mulakan perjalanan politik saya 57 tahun yang lepas dalam hari-hari hegemoni UMNO, di mana keretakan kecil sudah menjadi satu krisis nasional.

“PRU15 semalam mungkin kelihatan seperti satu bencana untuk Malaysia, tetapi ia sepatutnya dilihat sebagai pemangkin untuk Malaysia menjadi sebuah negara normal, yang hebat dan bertaraf dunia,” tambah Kit Siang lagi.

Baca Lagi:
Terkini: Zahid Hamidi sedia letak jawatan Presiden Umno?
Selepas BN kalah teruk, ini respon Zahid Hamidi
Serah nama calon PM sebelum 2 petang esok – Istana Negara
CATEGORIES