Lim Guan Eng mahu Rafizi tanding jawatan Presiden PKR

Lim Guan Eng mahu Rafizi tanding jawatan Presiden PKR

Lim Guan Eng mahu Rafizi tanding jawatan Presiden PKR. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencadangkan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli terus mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan Presiden PKR.

Memetik laporan Malaysiakini, jelas Guan Eng, Rafizi sepatutnya bertanding jawatan tertinggi parti itu berbanding jawatan Timbalan Presiden.

Beliau membangkitkan perkara tersebut sebagai mengulas kenyataan Rafizi mengenai Pakatan Harapan (PH), yang dakwanya sedang mempertimbangkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk PRU akan datang.

Bagaimanapun, Guan Eng percaya kritikan itu ditujukan kepada Anwar.

“Saya malah keluarkan kenyataan sebelum dia (Rafizi) keluar (kenyataan) – saya mengatakan tidak kepada PN. Di mana isunya?

“Saya rasa yang ini pada dasarnya ditujukan kepada Anwar kerana dia menyebut bukan sahaja PH tetapi PKR (juga). Jadi, dari situ jelaslah kalau ada sebarang rundingan, mereka (PN) akan berbincang dengan Anwar.

“Mereka tidak akan (bercakap) dengan kami. Jika perlu, anda minta kami (Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu) untuk sertai (perbincangan) tetapi pada asasnya, Anwar akan menjadi orang utama untuk ditemui.

“Jadi, sasaran dia (Rafizi) ialah Anwar. Saya fikir kerana ini adalah untuk kempennya bagi jawatan Timbalan Presiden (PKR), saya tidak mahu masuk campur.

“Mungkin, berbanding jawatan Timbalan Presiden, dia patut terus bertanding untuk jawatan Presiden,” kata Guan Eng dalam wawancara eksklusif dengan portal berita itu.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, pemimpin PH belum mengadakan perbincangan dengan PN berhubung kerjasama pilihan raya.

Bekas Menteri Kewangan itu turut menjelaskan, dia bercakap bagi pihak pemimpin DAP dan Mohamad Sabu.

“Setakat ini tiada perbincangan melibatkan pemimpin tertinggi. Saya merujuk diri saya sendiri dan Mat Sabu – tiada perbincangan. Pemimpin peringkat kedua bercakap dengan semua orang. Di Parlimen, anda bercakap dengan semua orang,” katanya lagi.

Ditanya jika Anwar berminat untuk bekerjasma dengan PN yang dianggotai dalang utama di sebalik Langkah Sheraton, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, soalan tersebut lebih baik dijawab oleh Presiden PKR itu sendiri.

“Di pihak DAP, seperti yang saya katakan, tidak… tidak berbincang dengan PN.

“Setakat ketika atau selepas PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor, di peringkat tertinggi, Mat Sabu dan saya tidak pernah bertemu Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin). Saya tak rasa Anwar ada berjumpa Muhyiddin.

“Tetapi selepas PRN, sama ada mereka (Anwar dan Muhyiddin) ada berjumpa dan bercakap di Parlimen, itu anda perlu tanya Anwar,” kata Ahli Parlimen Bagan itu lagi.

Baca Lagi:

Dewan kecoh! Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan hilang, Menteri Agama jawab soalan hutang 1MDB

Jangan panik! hanya tekan ‘panic button’, polis sampai kurang 7 minit

Tengku Zahrul letak jawatan Menteri Kewangan?? Ketidakhadiran beliau dalam parlimen menjadi tanda tanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *