Lepas RON97 catat rekod tinggi ramai pula beralih guna RON95

Lepas RON97 catat rekod tinggi ramai pula beralih guna RON95

Lepas RON97 catat rekod tinggi ramai pula beralih guna RON95. Pemilik stesen minyak menjangkakan lebih ramai pengguna beralih kepada petrol RON95, selepas kenaikan harga minyak mentah menyaksikan gred lebih tinggi RON97 mencatat rekod tertinggi RM3.75 seliter.

Tetapi, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Khairul Annuar Abdul Aziz berkata tiada kekurangan bekalan petrol RON95 ketika ini, walaupun terdapat jurang harga “besar” dengan RON97.

“Kurang orang di jalan raya, mungkin kerana cuti sekolah,” katanya kepada FMT.

Pada 24 Feb lalu, Rusia menceroboh Ukraine, menyebabkan kenaikan mendadak harga minyak mentah Brent di pasaran dunia melebihi USD100 setong buat julung kali sejak 2014. Harga itu meningkat kepada USD130 setong awal minggu ini, kenaikan 20% berbanding sebulan lalu.

Ini secara langsung memberi kesan kepada harga bahan api di Malaysia, dengan petrol RON97 naik 16 sen daripada RM3.29 kepada RM3.45 pada 2 Mac dan 30 sen lagi kepada RM3.75 mulai hari ini.

Sebagai perbandingan, harga RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter susulan subsidi kerajaan.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz hari ini dilaporkan berkata, kerajaan terpaksa menampung peningkatan subsidi petrol diesel dan gas cecair memasak (LPG) sehingga 10 kali ganda, iaitu daripada RM200 juta pada Januari 2021 kepada lebih RM2 bilion pada Januari 2022.

“Dengan kenaikan ini, dijangka jumlah subsidi akan melebihi RM2.5 bilion sebulan. Sekiranya harga minyak mentah kekal melebihi USD100 setong, maka jumlah subsidi bagi keseluruhan 2022 dijangka mencecah RM28 bilion berbanding RM11 bilion bagi tahun lepas,” katanya.

Baca Lagi:

Gara-gara mulut terlampau laser, jiran bina tembok sepanjang 10 meter

[VIDEO] ‘Ayah nekad terus tinggal di Mekah selepas selesai umrah’

KFC kena ‘serang’ lagi! tapi kali ni bukan Kak Long….

Leave a Reply

Your email address will not be published.