Leona tunjuk duit berkepuk dalam beg tangan ketika bercuti di Bali. ‘Kenapa ada banyak ‘cash’ (wang tunai) di dalam beg saya,’ demikian kata pempengaruh media sosial, Leona, yang terkejut menemui sejumlah wang tunai bernilai RM100 dan RM50 di dalam begnya semasa bercuti ke Bali, Indonesia.
Kasih Iris Leona, atau mesra disapa Leona, menerusi laman TikToknya membuat konten video ‘Apa yang ada di dalam beg saya, Edisi Bali’ untuk memperlihatkan barang-barang yang dibawanya semasa bercuti ke sana.
Apa yang menarik perhatian ialah penemuan sejumlah wang tunai yang berterabur di dalam begnya, bersama dengan barang-barang lain termasuk barang soleknya yang turut dipuji kerana bersesuaian dengan citarasa rakyat marhaen.
Sebagai catatan, Leona berkongsi bahawa beliau mampu menghasilkan pendapatan sehingga RM30,000 sebulan dan sebagai pensohor serta pencipta konten sepenuh masa, pendapatan ini bergantung kepada tahap populariti dan jenis konten yang dihasilkan.
Sikapnya yang rendah hati dan tidak sombong seperti kebanyakan orang kaya lain membuatkan Leona disenangi oleh para peminatnya.
“Saya suka melihat orang kaya, terutamanya yang jelas bekerja keras untuk mencari rezeki. Semoga satu hari nanti, usaha kita juga akan mendapat ganjaran yang setimpal,” komen Hafifi Izzuddin.
“Saya harap kita boleh kaya seperti Leona, dengan wang tunai yang berterabur dalam beg. Amin yang paling ikhlas,” @ajthebroque.
“Bila saya lihat wang tunai dia, baru saya sedar yang saya juga layak untuk menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari kerajaan. Aduh, saya sungguh miskin,” ujar @delimacantik.
@leonathe2nd♬ original sound – le yoooooooo na